Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Mari bercerita mengenai buku Travelog dari Fahmi Faiz, ” Bila Kupetik Gitar” merupakan satu journal peribadi beliau sepanjang beliau menjelajah ke negara Thai atau senang cerita, backpacker. Ini salah satu buku travelog yang paling nipis yang pernah ika jumpa setakat ni. Kalau tengok dekat kedai buku, buku travelog tebal. Maka, ika sangat curious dengan buku ni sebab dia nipis. Haha. So, apa agaknya yang di share oleh penulis?
Siapa yang suka baca buku yang santai santai dan tidak sarat. Boleh beli rasanya buku ni. Lagipun, sekadar mengetahui pengalaman org yang sudah berjalan ke negara org.
Sesuai di baca oleh semua golongan.
Siapa yang suka baca buku yang santai santai dan tidak sarat. Boleh beli rasanya buku ni. Lagipun, sekadar mengetahui pengalaman org yang sudah berjalan ke negara org.
Sesuai di baca oleh semua golongan.

BOOK DETAILS:
AUTHOR: FAHMI FAIZ
PUBLISHER: KARANGKRAF
PAGE: 114 pages.
PRICE: RM 10
YEAR: 2013

Fahmi Faiz ni bagi ika, dia sangat berani ambik risiko untuk menjelajah ke negara orang dengan bekalan duit yang tidak banyak. Dengan hanya berbekalkan RM500 untuk 19 hari? Macam mana dia survive huu. Sebab bagi ika, makanan dekat negara not bad jugak mahalnya. Tapi as a backpacker, dia pandai atur diri dia untuk cari kawasan berehat, makan, mandi serta membeli brg brg kegunaan dia sepanjang di sana. Bagaimana dia dengan sedaya upaya approach Kedutaan Malaysia di sana untuk mendapatkan dana.
Dan rasanya, salah satu sebab dia dapat survive disana ialah cara pergaulan dia. Dia sangat “in” dengan sesiapa saja yang dia jumpa di sana. Mungkin disebabkan keramahan dia, org selesa dan sudi membantu dia ketika dia memerlukan.
Ada point dan pengajaran yang kita boleh dapat bila baca kisah ini. Which is, penulis sudah rumuskan di akhir muka surat. Thankyou sebab buat rumusan macam tu. So that, pembaca dapat recall balik apa yang sudah dibaca sebelumnya.

Tapi, sayangnya buku ini akan lebih menarik di mata ika kalau ianya ada high quality punya picture. Mungkin kalau dia bawak kamera digital sekalipun, dia dapat capture a good picture. Sayang sangat sebab sebagai pembaca of course, kita membaca dan nak melihat gambar yang jelas. Dan bukannya gambar yang kabur atau goyang. Mood nak membaca haha automatik akan hilang. Buku travelog patut ada beberapa perkara penting which is, mungkin Fahmi sepatutnya menceritakan dahulu mengenai fakta fakta mengenai tempat yang dia akn explore dahulu sebulum bercerita, so that pembaca akan dpt clear view. Di first page before cerita diselitkan peta & jadual pejalanan.
Tapi, mungkin konsepnya lebih kepada journal perjalanan dia di sana. Maka, ika seharusnya menerima konsep beliau. Penulisannya ada yang berulang ulang. So, bisa buat mood membaca tu rasanya sama saja dari awal sampai habis cerita.
Bagi ika, buku ini just nice. Namun, ika salute dengan beliau sebab berjaya menghabiskan jelajah beliau dan sudi menulis dan share dengan pembaca. Its not easy to write a book. Mungkin, akan datang. Dia kena lebih berusaha untuk menghasilkan buku tavelog yang much more better than this. With a good pictures and penceritaan yang lebih detail, menarik, dan mampu memberi maklumat tambahan buat pembaca yang ingin tahu mengenai negara yang dijelajahi beliau. Apa pun, ika bagi credit dekat penulis sebab banyak jugak positive vibes yang dia kasi through this book.
Thankyou penulis.
Thankyou penulis.
Overall, ika kasi 🌟🌟
Oh ya,ada satu benda menarik mengenai buku ini which is ada banyak quotes yang best. My favourite is:
HAPPINESS REAL WHEN SHARED

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.