Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Lama rasanya ika tak baca bergenre seram.Jadi, ika pilih untuk baca Dendam Ratu Ular sebab nampak menarik. Kebetulan memang buku ini pun sudah lama dibeli dan tak bersentuh lagi. Jadi, marilah kita habiskan TBR yang sedia ada sebelum kita beli lagi. Haha. Seingat ika, ika beli buku ni semasa Pesta Buku yang pernah diadakan suatu ketika dahulu. Buku ini ketika itu cumalah RM 1 sahaja. Jauh berbeza dengan harga yang asal.
Tak pasti sama ada buku ini sudah ada kulit baru. Tetapi bagi ika. Cover buku ini terlalu simple dan bahagian mata itu memang nampak misteri tetapi belum cukup untuk membuatkan aura seram itu datang. Kena baca isi baru boleh rasa. Jika sudah ada cover baru ika harap cover gempak 🙂
Mengisahkan tentang Kaira, seorang gadis kampung yang cacat dan hodoh. Ketidaksempurnaan Kaira telah menjadi bahan ejekan orang kampung. Kaira duduk bersama neneknya, Nek Lijah setelah ditinggalkan ibunya ketika dia masih bayi dan ayahnya telah meninggal sebelum dia dilahirkan. Atas sebab itu, ibunya menyalahkan Kaira kerana sial Kaira itulah yang menjadi punca kematian suaminya.
Dalam masa yang sama, Kalsum yang sudah lama berdendam dengan ibu Kaira telah membuat satu rancangan jahat untuk menghapuskan keluarga musuhnya. Diupahnya Daud untuk membakar rumah Kaira. Dan akibat dari itu, Nek Lijah menjadi korban dan Kaira automatik hidup sebatang kara.
Dia yang sedih akan nasib yang menimpa dirinya telah membawa diri ke dalam hutan dan disitu dia telah terjumpa satu perigi. Kaira telah berjumpa dengan Raja Ular dan Raja Ular menawarkan sesuatu yang Kaira inginkan selama ini. Tetapi Kaira harus menjadi ibu kepada anak Raja Ular itu dan apa yang Kaira inginkan akan tertunai. Dan ada syarat yang perlu Kaira ikut. Jika tidak buruk padahnya.
For me personally, saya suka baca DRU ini sebab jarang-jarang haiwan dijadikan cerita. Permulaan cerita yang baik oleh penulis sebab itu saya teruskan membaca sebab rasa selesa dengan gaya bahasa penulis yang santai dan tidak berat. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat di dalam buku ini. Dan kita boleh jadikan pengajaran dan refleks diri jua.
• Dendam itu boleh memusnahkan diri.
• Permainan syaitan itu sentiasa ada! Membuatkan hidup manusia ini bergelora jika tidak kuat imannya.
• Percaya dengan takdir Tuhan.
• Percaya dengan Qada & Qadar
• Jangan jadikan benda syirik sebagai kawan kita. Hanya disebabkan nafsu semata mata mungkin akan mendatangkan banyak kesusahkan kelak. #ikareviewbuku
, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.