Books

BOOK REVIEW – GAME OVER, ROMEO! BY ILLA SHANAHILA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

“Okay, let’s play a game, then.” – FATIYA
“Game?” – BLACK
“Yeah. Whoever falls in love first, loses!”- FATIYA

Nak throwback kejap. Ika beli buku Game Over Romeo ni dah lama rasanya. Masa baru keluar terus ke bookstore untuk beli sebab ramai bagi feedback yang baik. Walaupun ikutkan masa tu tengah catu duit. By the way. Ini karya pertama dari penulis yang ika baca. Jadi Ika ada sedikit high expectation bila ramai pula yang bagi rating tinggi di Goodreads. Bila baca sinopsis rasa macam tertarik juga dengan jalan cerita. Sebab kebelakangan ini, ramai penulis yang akan gabungkan 2 genre dalam satu novel. Which is menarik sangat. 

Secara jujurnya, izinkan ika komen sedikit dengan perasaan jahat ika terhadap kulit buku yang ada terselit gambar orang. Ika sebenarnya kurang gemar bila ada penampakan muka orang di kulit buku. Sebab ika rasa ianya akan membunuh imaginasi ika terhadap watak di dalam novel tersebut. Tapi, ika juga kena terima yang memang sudah menjadi trend pada masa kini untuk ada kulit buku sebegini. Itu yang ika kena buang jauh-jauh perasaan jahat ini supaya tidak mempengaruhi keputusan ika untuk membeli sesebuah buku tersebut. 

Maaf tiba-tiba komen soal isu kulit buku. Ini hanya pendapat peribadi. Tapi, apa pun. Ika tetap akan beli haha sebab perkara no 1 ika akan tengok ialah sinopsis. Kalau sinopsis menarik. Automatik ika letak kulit buku sebagai no 2 🙂



Secara ringkas. Mengisahkan tentang Tiya & Black yang bertaruh dalam satu game. Di mana siapa yang jatuh cinta dulu akan ada perkara yang harus mereka tunaikan. Tiya sebenarnya balik ke Malaysia hanya disebabkan misi dia untuk membantu sepupunya untuk membalas dendam dekat Black. Sebab Black dikatakan telah membuatkan sepupu Tiya (Hany) frust menonggeng. Tipu secara alam maya.Sekali bila balik dia tak sangka bodyguard abangnya ialah Black iaitu lelaki yang sama dalam gambar yang Hany tunjuk. Jadi apa berlaku seterusnya? 

Jangan sangka ini cerita cinta klise. Ada plot twist yang menarik untuk dibaca. Storyline juga disusun dengan baik. Ada flow cerita. Rasa macam tak sempat nak rasa ini dah kena rasa macam ni pulak. Rasa macam main roller coaster pulak bila baca GOR ni. 

“Kenapa abang suka sangat dengan you ni eh?” – FATIYA

“I don’t know. Tapi I yakin lama-lama nanti, cik pun akan suka saya juga. Mungkin terus jatuh cinta.” – BLACK

Secara peribadi, Ika suka dengan watak Black. Seorang lelaki yang tenang dan bersahaja. Setia kepada majikan dan turutkan apa saja tanpa erti penat. Kerja seperti Black memang memerlukan skill dan juga emosi yang kuat. Tambahan pula, dia diberikan tugas ekstra oleh majikannya untuk menjaga Tiya yang sangat keras kepala dan annoying. Watak Black boleh dikatakan watak yang sukar dijangka. Was-was juga samada dia berada di pihak yang benar atau salah. Tak boleh nak predict juga tindakan Black seterusnya. Tapi, cukup la untuk membuatkan pembaca rasa positif dengan perwatakannya yang seperti diperkatakan pada awal tadi. 

Cara Black kawal Tiya memang boleh dipuji. Kadang kita sendiri pun penat nak layan orang yang annoying kan. Diignorekan saja kalau dah malas. Tapi Black. Dia maish melayan. Tapi Tiya. Dia ada sebab kenapa dia berperangai macamtu. Okay la okay la. Kira kita boleh cakap watak kedua duanya melengkapi each other la. And rasanya boleh jangka apa yang akan jadi dengan kedua-dua watak ini dari segi perasaan jiwa. Cuma tak boleh nak agak apa keseluruhan cerita ini sebenarnya. 

Tahniah penulis. Satu percubaan yang sangat baik. Ika pasti akan dapatkan karya cik penulis yang lain. Sebab ada ternampak beberapa lagi karya cik penulis yang ada di pasaran. Ika takkan giveup untuk baca cerita yang lain. All the best untuk apa saja yang cik penulis tengah usahakan 🙂


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top