Books

BOOK REVIEW- LELAKI NERAKA BY ASRAF SHAARI

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama reserve ebook ni dekat PNMeReader. Akhirnya, sampai jugak giliran ika untuk baca. Sebenarnya, ika tidak la baca sinopsis buku ni. Ika tertarik sangat-sangat dengan tajuk & cover buku Lelaki Neraka ni. Plus, ni first time ika tahu mengenai kewujudan penulis bernama Asraf Shaari ni. Em, banyak pulak perkataan “ni”. Haha. Maaf. 

Agaknya terlepas pandang pasal buku ni, ika tak perasan yang buku ni mungkin ada terjual dekat bookstore atau tempat lain. Kalau tak, mesti dah beli sebab korang tahu kan yang ika suka baca novel bergenre macam ni. 


“Kejahatan Tersembunyi Disebalik Kebaikan”



DETAILS 


AUTHOR: ASRAF SHAARI 
PUBLISHER: KARNADYA PUBLISHING 
PAGE: 491 PAGES
YEAR: OCTOBER 2017 



SINOPSIS 



MY REVIEW 


Cover buku Lelaki Neraka ni lawa. Simple but nice. 👍🏻 Di Goodreads, ika berikan 3 bintang untuk novel ni. Antara sebabnya ialah ika dah boleh agak siapa dalang disebalik pembunuhan dan penculikan dalam cerita ni di pertengahan pages. Tapi, ika tutup mata je la. Pura-pura tak boleh predict lagi. Penulis sebenarnya banyak bagi hint (personaliti & ciri-ciri pembunuh). Pembunuh dalam cerita ni ada 2 orang. Yang sorang ni memang dah ter-expose dah identiti dia. Yang sorang tu, mcm yang ika cakapkan tadi. 

Jalan cerita bagi ika diolah dengan baik oleh penulis. Meskipun, penulis tinggalkan kita dengan pelbagai persoalan. Tapi, persoalan yang penulis cipta, dia akan bagi jawapan dekat kita tapi bukan la jawapan yang segebuk untuk kesemua persoalan. Faham tak? Kira mcm tengah page, dia jawab pasal persoalan di awal page. Lepastu, di hujung page, dia akan jawab pasal persoalan di tengah page. 
______________________________________________________________________________________________________


Loya tekak bila baca pasal daging yang Malik hantar dekat kedai. Semua orang suka makan daging yang dimasak oleh Malik. Ish. Ada jugak beberapa part dalam novel ni yang boleh dipuji la. Penulis cerita details jugak tiap-tiap pembunuhan yang terjadi dan kisah misteri yang terjadi dekat Iskandar. 


PENGAJARAN 



1. Jaga solat dan doa banyak-banyak dekat Allah supaya jaga dan lindungi iman kita.        Jangan terpesong jauh dari landasan agama. 


2. Jangan berkawan dengan “setan” la senang cerita. 


3. Kalau tak yakin dengan sesuatu perkara atau berita, jangan tuduh atau fitnah orang. 


4. Sentiasa maafkan orang. 


By the way, ending cerita Lelaki Neraka ni memang mcm ni ke? Ika sorang je ke rasa tergantung dan penamatnya tak seperti yg diharapkan. Atau salah ika punya pemahaman terhdap cerita? If ya, sorry my bad. Tapi, apa pun. Ika puji usaha penulis menulis cerita Lelaki Neraka ni. Kalau korang nak tahu ending dia macam mana. Kena baca la. K babai. 




RATE: ⭐⭐⭐

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top