Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Kalini, ika berpeluang sekali lagi untuk membaca karya dari penulis Sabah yang bernama Alis Padasian. Sebelum ini. ika telah baca karyanya yang bertajuk Sinarut 1994. Ika berterimakasih kepada Untitledbc X ByteLiber kerana memberi ika peluang dan ruang untuk membaca Magnolia 1976. Magolia ialah nama bunga tetapi di dalam Magnolia 1976 ini, Magnolia ini ialah nama kumpulan.
Ika merupakan orang kedua yang akan review Magnolia 1976 ini. Kalian boleh baca review yang lain juga antaranya dari Aisyah, Faiz & Sizreads. Pada tarikh 2 Oktober, ika akan update review buku ika di Instagram dan Blog. Maka, ini adalah serba sedikit ulasan dari ika. Tidak dipengaruhi sama sekali dengan review dari Aisyah,. Jika kami mempunyai point yang sama, maka mungkin kami mempunyai point of view dan citarasa yang sama. Let’s proceed. Bismillah.
Ika mungkin akan baca sekali lagi selepas ini buku Magnolia 1976. Kerana pada pendapat ika, ika rasa tak puas. Mungkin bacaan kali kedua, ika sudah senang untuk teruskan pembacaan sebab sudah familiar dengan nama watak dan akan lebih faham storyline. Magnolia 1976 adalah satu bacaan yang ada keistimewaannya tersendiri. Walaupun storyline nya kelihatan rumit tetapi secara ringkasnya ika dapat simpulkan yang dalam bidang politik ini. Di mana mana negara sekalipun bukan sahaja negara Malaysia, pasti akan adanya politik kotor.Bukan saja dari segi rasuah, fitnah, medium yang digunakan, apa yang disogok, melobi dan sebagainya.
Isu ini memang tidak semua pihak ambil kisah. Tapi sedikit sebanyak kita kena tahu la mengenai politik yang ada di negara kita sendiri. Dan ika puji penulis, Alis Padasian kerana berani menulis karya yang lain dari yang lain, lari dari kebiasaan, dan ianya cubaan yang baik dan boleh diberikan kredit. Bukan mudah nak menulis cerita sebegini dan ika kagum kerana Alis ialah penulis wanita. Penulis wanita juga boleh menulis cerita risikan dan politik. Thumbs up!
Kalau nak tahu siapa inspirasi disebalik Magnolia 1976 ini, kalian kena dapatkan okay?
, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.