Books

BOOK REVIEW – ON THE WAY BY ABEMAT USUL & BAMAN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Selalunya, kalau ke kedai buku. Ika suka juga ke bahagian komik. Usually, bahagian komik ni kanak-kanak memang akan ada walaupun sorang dekat bahagian tersebut. Komik memang ada peminat yang tersendiri. Bagi ika, kita sudah ada banyak pilihan berbanding dahulu. Dari segi genre dan content juga sudah berubah dan upgrade dari semasa ke semasa. 

Ika kenal dengan nama Publisher Buku Puris dari komik yang mereka keluarkan. Kebetulan, iklan mengenai komik baru seram mereka baru saja lalu di timeline facebook ika. Lama ika berhajat untuk membaca komik dari penerbitan mereka. Akhirnya, berkesempatan dapat membaca salah satu dari komik mereka iaitu komik bertemakan islamik bertajuk On The Way dari AbeMat Usul & BaMan. 

So, here we go. Bismillah. 

Terimakasih kepada Buku Puris untuk komik On The Way ini. Komik dari Abe Mat Usul & BaMan ini boleh dikirakan sebagai komik islamik yang membawa isu isu yang dekat dengan masyarakat kita di zaman ini. Antaranya ialah utamakan benda lain dari ibadah, penyakit hati, kelalaian, 1000 satu alasan, aurat dan lain-lain.


Harga: RM 10 
Penerbit: Buku Puris
Tahun: 2018
Mukasurat: 128 mukasurat 

Komik ini memberikan kesan yang mendalam ketika membaca. Deep. Sebab kita tahu, kita manusia semuanya tidak sempurna. Jadinya, komik ini dapat memberi kesedaran yang selama ini mungkin kita sendiri alpa. Lalai dengan duniawi. Melebihkan hal hal yang tidak penting lebih dari segalanya. 


Mengandungi 20 komik ringkas hitam putih. Susunan yang kemas dan dialog yang digunakan sesuai untuk komik islamik. Komik ini disyorkan dibaca oleh semua golongan. Muda atau tua. Nak jadikan sebagai hadiah permulaan untuk memupuk semangat baca juga boleh untuk kanak-kanak. Kerana apa? Sambil memupuk semangat membaca. Manfaat dari setiap kata kata di dalam komik ini akan memberikan impak dan aura yang baik buat pembacanya.


Komik ini juga diselitkan dengan kata kata hikmah dan juga pesanan-pesanan ringkas. Antara ayat kesukaan ika secara peribadi-


” Sesungguhnya kamu terlalu menjaga pandang manusia, sehingga kamu lupa tempat pandang Allah, iaitu hati. Maka peliharalah hati kamu”

” Kalau kita masih tidak yakin dengan pakaian yang kita pakai itu boleh terus digunakan untuk solat atau tidak, maknanya masih ada bahagian aurat kita yang kurang terjaga lagi” 👍🏻
Ika tertarik juga dengan tajuk utama komik ini iaitu On The Way. Di mana kalian boleh baca di bahagian terakhir komik ini. Sesungguhnya, apa yang pelukis cuba nak sampaikan ialah kita ni tidak kira la siapa sekalipun, mampu berdakwah. Cuma semuanya atas kemahuan kita. Memang besar maknanya maksud On The Way dalam komik ini. Kalau nak tahu mengenai apa dengan lebih lanjut. Bolehlah dapatkan dan baca 🙂
Galeri Ilmu – Komik Puris
Siapa berminat untuk dapatkan komik ini boleh tekan link di atas. Satu komik berharga RM 9. Jimat RM 1.
Dan ada banyak lagi komik yang kalian boleh dapatkan di website tersebut. 


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top