

Sudah semestinya, setiap tajuk yang pasti akan memberikan satu tarikan untuk membaca. Saya suka dan tertarik dengan cara pemikiran Sherlock Holmes. Ada kalanya dengan hanya menilai bahasa tubuh/riaksi seseorang itu sudah dapat memberikannya petunjuk. Tidak perlu untuk melihat kawasan tempat kejadian. Tidak melulu membuat tuduhan dan sebarang keputusan. Tenang berfikir dan cakap bila hanya ada perkara yang perlu diperkatakan. Rasa curious sangat bila baca. Tak sabar nak tahu siapa yang bersalah. Ada rasa nak skip. Tapi kalau skip mesti tertinggal benda best. Jadi tak skip la. Haha
Kalau ditanya yang mana paling suka dalam kesemua cerita. Saya akan pilih Top 3 iaitu: Kes Kerani Broker Saham, Lelaki Berbadan Bongkok & Perjanjian Perkapalan.
Cuma untuk Masalah Terakhir. Rasa sedih juga sebab taktahu apa nasib Sherlock. Mengenangkan yang dia perlu letakkan nyawa sebagai galang ganti untuk kejayaan siasatannya. Rasa macam emosi pulak. Hm.
Kalau sebelum ini kita risau banyak buku Sherlock dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalini sudah ada dalam Bahasa Melayu. Jangan fikir banyak geng. Dapatkan kesemua jilid atau himpunan dari jilid buku Sherlock Holmes ini. #ikareviewbuku

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






