Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Sejak kebelakangan ini, ika tertarik sangat untuk membaca buku keluaran dari Bookiut ini. Jika ika pergi ke kedai buku. Ika akan capai buku dari mereka dan belek dari muka depan sampailah kebelakang. Ika rasa kulit buku mereka sangat fancy dan menarik perhatian. Mereka tahu cara untuk attract kanak-kanak dengan menghasilkan kulit buku yang comel dan berwarna terang. Kira dari jauh sudah boleh nampak. Tahniah buat Bookiut & mereka yang di belakang tabir.
Kalau sebelum ini ika baca buku bertajuk Boba Girl dari Sabrina Ismail. Kalini, ika baca buku bertajuk Youtuber Paling Cun dari Haryani Kamila. Sudah semestinya mengisahkan tentang seorang youtuber. Semua orang sudah tidak pelik lagi jika nampak orang vlogging di tengah jalan, beli barang, buat tutorial makeup, mukbang dan sebagainya.
Jom kita teruskan dengan resensi untuk buku ini.
“Hai! Assalamualaikum, Selamat Datang ke Channel Youtube saya. Nama saya Dalina..”
Penulis: Haryani Kamila
Penerbit: Bookiut
Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS)
Mukasurat: 111 mukasurat
Tahun: 2020 (Cetakan Pertama)
2021 (Cetakan Kedua)
Buku kedua untuk bulan April ini. Youtuber Paling Cun mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dalina yang suka akan dunia solekan. Di sekolah, Dalina mempunyai musuh bernama Sophie yang cemburu melihat bakat Dalina dalam dunia solekan. Jadi, Sophie telah mencabar Dalina untuk lawan dia dalam Pertandingan Siapa Paling Cantik.
Namun, pertandingan tersebut tidak berjaya dilaksanakan dan dibatalkan serta merta. Tambahan pula, Sophie cedara ketika proses solekan tersebut. Nak dijadikan cerita, ketika Dalina berbual dengan salah seorang rakannya bernama Ain. Ain telah memberi satu idea untuk Dalina menghasilkan video youtube dan menunjukkan skill yang Dalina ada.
Hasil dari bantuan Ain dan juga usaha Dalina. Mereka berjaya menarik perhatian orang ramai untuk melihat video tutorial tersebut. Setelah lama bersama-sama dalam penghasilan video. Sophie yang cemburu dengan kejayaan Dalina turut sama membuat video. Namun videonya tidak sehebat Dalina dan dia hampa.
Dia harus dapatkan Ain. Supaya videonya lebih berkualiti. Berjayakah Sophie?
Dan kehilangan Dalina secara tiba-tiba juga telah menimbulkan kekecohan di sekolah dan juga keluargannya. Kemanakah Dalina menghilang? Katanya Dalina diculik oleh seseorang. Peminat misterinyakah atau ada yang berniat dengki kepada Dalina?
Penulis berjaya membuatkan kita sebagai pembaca untuk teruskan bacaan sehingga ke penghujungnya. Storyline juga logik dan realistik. Watak yang ada di sekolah itu juga memang watak yang sedia maklum wujud di semua sekolah. Contohnya, kaki buli busy body dan sebagainya. Saya percaya penulis sudah membuat serba sedikit kajian mengenai barang makeup yang ada dipasaran. Dari kedai murah sehinggalah yang mahal. Malahan kesan memakai makeup murah juga akan menyebabkan alergi kulit dan sebagainya. Belilah di drug store. Sekurang-kurangnya terjamin sedikit.
Ika paling suka nasihat yang berikan oleh Farhana kepada Dalina:-
“….Lagipun dalam Islam, kita tidak boleh tabarruj, tidak boleh berlebihan dalam bersolek. Takut nanti kita akan menarik perhatian lelaki hidung belang.”
Malahan, penulis juga turut selitkan info mengenai youtube & solekan. Saya percaya penulis mengambil sedikit inspirasi dari kes youtuber mukbang famous yang hilang iaitu Kate Yup. Tahniah buat penulis. Sebuah naskah ringkas namun penuh pengajaran. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. #ikareviewbuku
KLIBF X SHOPEE masih berlansung. Tinggal lagi 2 hari sahaja sebelum Pesta ini tamat. Beli 2 buku dari Bookiut dan dapatkan limited edition bookmark yang sangat cantik!
Shopee PTS – RM 9
, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.