Buku

Budaya Tidak Sihat di Office 🏢



Assalamualaikum readers ❤️️



Harini, rasa tergerak hati nak share sikit je mengenai budaya tak sihat dekat office. Rasanya, kalau sesiapa yang berkerja mesti ada sedikit sebanyak masalah. Tak kisah la masalah tu, effect dia untuk diri sendiri, orang lain, kerja atau company. 
I’m not talking or write this entry referring to anybody. Hangpa kalau baca,jangan terasa. 
This is from my observation only.

1. Pergaulan yang tak dijaga 

Maksudnya dekat sini apa? Maksudnya, beramah mesra yang terover over di antara suami isteri, yang bujang dengan isteri org, yang bujang dengan suami orang. Itu. 
Bergurau dengan melakukan sentuhan. Bertepuk tampar tu kan, kalau dipandang. Nampak sangat la tak manis.  🤷
Tak boleh ke macam bila bercakap tu, tangan tu simpan baik baik dalam poket. Jangan menerewang sangat. Haih. 

2.Percakapan yang tidak sopan dan tak berlapik 

P: “Eh dik, akak request nak tangga la letak dekat bahagian sini. Sebab nanti kalau terbakar, akak la org last lari dik”. 
L: Ala, kau nak susah apa? Nanti kalau terbakar. Kau simbah je la dengan air susu kau tu”

Perbualan yang dah telalu menyimpang. Macam tak malu ke? Cakap all those thing. Kot ya pun dah terlampau rapat as a rakan sekerja. Agak agak la nak cakap mcm tu sekalipun. Respect each other privacy. I dun care if org kata ika macam tak open minded. I don’t mind at all. Yang ika tahu, ada banyak lagi ayat yang kau boleh guna untuk respon. 

3.Pilih Kasih



Ini rasanya tak semua tempat ada masalah macam ni. Sometimes, tanpa sedar. Boss tu memang nampak sangat pilih kasih. Pilih bulu. Suka orang tu je. Sebab org tu jenis kaki kipas/kaki ampu. So, dia nampak org tu je banyak buat kerja. Padahal kan, kadang tu. Org tu buat ala kadar je. 
Pls, no pilih pilih kasih diantara pekerja. Mood pekerja boleh jadi down. Ramai yang ada masalah macam ni. Effort dia tu, boss tak nampak. Susah payah dia siapkan sesuatu task tu tak dipandang. Tapi, lagi dikondemnya. Jatuh motivasi pekerja kalau macam tu. 
Usaha yang tak dihargai. 

4. Buli emosi






Tak mustahil boleh jadinya buli fizikal. Tapi, tu dah biasa kita dengar. Sebenarnya, buli emosi ni jauh lebih menyakitkan dan boleh buat seseorang tu depress sebab memendam rasa. 
Nak diluah takda tempat yang boleh diluahkan. So, simpan dalam hati. Bila simpan pulak, macam dah overload. Tu yang ada kes mental dan bunuh bergaduh semua tu. 
“Eh, kau ni gemok la. Selekeh la.” 
Tak ke dia makan hati je kalau kau asyi keep on repeat same thing. Meluat kot. 


5. Puak


Berpuak puak dalam company tu maksudnya mcm orang HR, satu puak. Department lain satu puak. Lepastu, saling kutuk mengutuk. Em. Susah betul nak nampak semua gather together as a one family. Maybe dekat tempat lain. Ada yang macam family. Depends dekat company masing masing. Maybe ada benda camni, maybe takda.

_________________________________________________________________________

Ika share 5 sahaja. Ada banyak lagi sebenarnya. 
Korang rasa, korang ada tak benda nak share dengan ika pasal ni? 
Good or bad. Tak kisah. Anything hee 🙂 
Semoga kita dapat elak dari perkara perkara sebegini. Sama ada dijauhkan situasi mcm ni jadi dekat kita atau kita dalam golongan pembuli, puak puakan, dan lain lain. 


Apa pun, Different place, diff culture. 
This is just my random entry. Thankyou guys. 
See you in next entry. InsyaAllah. 

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top