Buku

Buku: Biar Orang Cina Pimpin Islam

ISBN 978-967-361-015-0
Tarikh Terbit: April 2011
Jumlah Muka Surat: 130
Harga: RM15.00 / RM18.00

___Sinopsis_________________________________________________

Bagi kebanyakan orang Melayu, Islam dianggap sebagai milik dan hak ekslusif mereka. Walaupun kita acapkali mendengar ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang bersifat sejagat tetapi pada hakikatnya ia tidak begitu. Di kalangan orang Melayu, mereka masih tidak dapat menerima kehadiran golongan Cina Muslim, India Muslim dan Orang Asli yang beragama Islam.

Bagi orang Melayu, masuk Islam adalah sama dengan masuk Melayu.Sesiapa yang memeluk Islam perlu menukar identitinya kepada Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, berpakaian seperti Melayu, bercakap Melayu dan berkahwin dengan orang Melayu.

Sukar untuk mereka menerima seorang muslim yang masih mengekalkan identiti dan mengamalkan budaya serta tradisi yang diwarisi sejak kecil lagi. Padahal, perkara-perkara yang disebutkan. Biar Orang CinaPimpin Islam itu boleh diterima oleh Islam asalkan ia tidak bercanggah dengan akidah dan bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga daripada segi pemakanan, selagi mana ia halal dan toyyiban, maka tidak menjadi masalah untuk kita memakan apa sahaja jenis masakansama ada masakan Cina, India, Arab, Afrika dan sebagainya.

Ann Wan Seng adalah anak kelahiran Klang, Selangor. Seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah dan motivator. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Beliau banyak menyumbang artikel untuk terbitan majalah dan akhbar tempatan selain menulis buku. Sehingga kini sebanyak 40 buku tulisannya diterbitkan di bawah pelbagai syarikat penerbitan di Malaysia dan Indonesia.

—————–

Masuk dalam senarai wishlist…


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top