Artikel Agama

Cara membezakan restoran mamak, hindu

Ni bukan artikel ras (racist) mahupun menghina mana-mana agama. Sekadar berhati-hati sebagai orang Islam, perlu jaga pemakanan yang halal.

Problem kat Malaysia ialah bab makanan ni ramai orang ambil kesempatan.

Dan ramai juga antara kita peminat masakan India ni.

Mungkin snippet dari artikel ni boleh membantu kita nak beza yang mana satu Mamak (Islam) dan India (Hindu).

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan cara begini;

Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.

Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”

Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.

Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.

Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab.

Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.

Boleh la try check!

Di Adelaide, takde kedai mamak stail Malaysia. Yang ada Indian fine diner restaurant. Kalau owner beragama Hindu, memang takde jual daging lembu sekadar lamb atau goat. Kalau ‘halal’, akan dinyatakan bahawa daging yang sourced adalah dari pusat penyembelihan halal. Fortunately, untuk orang yang merantau macam aku ni, nak makan kat restaurant ni memang tak mampu le so selamat.

Daging sembelih tak jamin yang kita makan tu halal sebab tak check lagi ingredients.

Somebody was saying that, kat Malaysia ni patutnya tulis label HARAM instead of HALAL. Sebab? Sebab kata dia, banyak makanan yang halal berbanding dengan yang haram. Hmmm… ni lain kali boleh cerita.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top