
Banyak
debat mengenai ini. Tetapi secara saintifik, CD menang le dari segi
berapa banyak detail an clarity yang anda boleh dengar. Vinyl menang
dari segi warmth kata orang. Cuma untuk dapatkan warmth tu bukan boleh
main pasang speaker, turntable dan amp dan anda akan dapatkan warmth
tersebut secara automatik. Leceh punya kerja terutamanya kerana ia melibatkan sistem match dan upgrade yang MAHAL.
Pada saya, I don’t buy the notation yang bila anda pasang je vinyl,
taruk apa jenis turntable, speaker dan amp SUDAH TENTU sound vinyl tu
akan lebih baik dari CD. I don’t think ANY entry level turntable, amp
dan speaker akan menghasilkan sound yang cukup bagus.
Kontranya, sistem CD yang minimal menghasilkan sound yang sudah cukup
bagus dari segi deria dengar kita. Cukup dengan entry level CD player,
amp dan speaker.
Saya rasa saya dah boleh buat perbandingan ini
dari pembacaan dan juga pengalaman memiliki sistem entry level CD
player dan turntable. Masa saya hadir hifi fest tahun lepas ada satu
vendor main vinyl Metallica Black album dengan sistem yang agak boleh
terbeliak mata tengok harga, soundnya tidaklah terbeliak telinga sangat.
Rasa ada macam yang tak cukup.
Pada mereka yang berperasaan
seperti saya, “eh… kata vinyl lagi sedap tapi apsal aku dengar CD lagi
sedap?”, sebabnya di atas le. Memang dari segi saintifik, clarity dan
detail CD lebih (dan juga loudness). Untuk mendapatkan sound yang
setara, memang le kena upgrade system and it is not cheap I tell you!
Lagi satu, oleh kerana asas sound itu berbeza untuk CD dan vinyl maka
mastering yang dibuat fokus untuk medium tersebut saja. Contoh, satu
album rilis dalam bentuk CD pada asalnya dan proses mastering dibuat,
segala detail mastering itu fokus untuk CD itu. Jika beberapa
bulan/tahun kemudian, mahu dirilis dalam bentuk vinyl, mastering baru
harus dibuat jika tidak sound yang keluar dari vinyl tersebut tak akan
mencapai kualiti yang diharapkan. MAJORITI vinyl rilisan terkini tidak
ada mastering untuk vinyl.
Jadi, jangan le malu kalau anda
hanya pendengar CD saja. Dan jangan gelojoh nak jadi vinyl enthusiast
dengan harapan yang tinggi terhadap sound (jika bajet ciput).
Kesimpulan, untuk dapatkan output sound yang berkualiti:
– untuk CD, cukup dengan entry level saja.
– untuk vinyl, tidak cukup untuk entry level system. Perlu mix-match
dengan kos yang tinggi. Dan vinyl yang dirilis pun ada macam-macam jenis
untuk satu title yang sama, kena dapatkan pressing yang paling
berkualiti.
Strategi saya ialah beli CD dulu kemudian kalau ada
vinyl yang tak terlampau mahal berbanding dengan CD yang sama, belilah.
Sebab vinyl ni ada kenikmatan yang lain (bukan sound).
*nota – ini mengenai sound against cost saje. Yang lain boleh bincang lain thread.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.