Academics

CIDB Seminar Petroleum & Gas – Gambaran dan Peluang Perniagaan 2011

Saya hadir seminar untuk promosi program MSc in Offshore Structures yang saya sedang uruskan. Ya, kerja sebagai pensyarah termasuk juga hal marketing.

Sebelum ini industri O&G agak ekslusif. Kisah O&G hanya berkisar sekitar pemain-pemain O&G saja. Beberapa tahun lepas, MSSA ada usaha untuk merapatkan jurang tersebut kerana industri O&G juga menggunakan bahan structural steel dalam industri mereka; tetapi tidak berhasil.

Hanya sekarang baru nampak industri O&G lebih terbuka. Peluang-peluang untuk kontraktor terjun ke dalam industri ini adalah agenda utama dalam seminar ini. Agaknya sebab itu kehadiran hampir penuh untuk seminar ini.

Paling penting ialah mengetahui budaya O&G yang agak berbeza dengan industri pembinaan lain. Kena upgrade 2-3 kali ganda sebelum benar-benar layak untuk terjun.

UTP dapat slot khas untuk seminar ini melalui kertas kerja oleh Ketua Jabatan Kejururuteraan Awam, UTP yang bertajuk lebih kurang – peluang-peluang di dalam industri O&G.

Kertas kerja oleh Ketua Jabatan Kejururuteraan Awam, UTP.
Nampak booth saya di belakang tu?
From the booth’s point of view.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top