Buku

Colgate Miracle Repair Toothpaste x Watsons

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Mesti ramai di antara kita yang ada favourite toothpaste masing-masing kan? Kalau tak guna ubat gigi sekian sekian ni mesti kita rasa macam serba tak kena.Jadi apa pilihan ubat gigi kalian?. Harini, ika nak share mengenai ubat gigi baru keluaran Colgate iaitu, Miracle Repair.Penjagaan kesihatan mulut juga penting dalam kehidupan seharian kita kerana kita sentiasa berdepan dengan orang ramai. Sudah semestinya kita sendiri nak selesa bila berbual dengan orang. Pemilihan ubat gigi yang sesuai dapat membantu kalian dalam masalah-masalah gigi yang selalu terjadi antaranya ialah gigi yang sensitif, gusi yang kerap berdarah dan mulut berbau. 

Ika dah guna banyak jenis ubat gigi, dari harga yang mahal sampailah yang murah semurah-murahnya. Ada yang sesuai dengan ika, dan ada yang tak. Kalau sesuai sekalipun, harga dia mahal. So, lepas keep on mencuba. Ika terjumpa Miracle Repair dari Colgate ni. Bukan guna untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk satu family. 

Colgate Miracle Repair contains 98.5% pure Amino Acid which help prevent root causes of gum recession. With twice a day brushing, Colgate Miracle Repair reduces dental plaque & tartar formation on your teeth, foe better gum health.

It also gives you a pleasent brushing sensorial experience with a unique cool Jasmine flavour. 

Benefit:-

  • Prevent causes of gum recession 
  • Reduce dental plague & tartar formation 
  • Gum Revival 

REVIEW

Secara peribadi, bagi orang yang ada masalah-masalah yang ika sebutkan di atas. Memang sesuai gunakan Miracle Repair ini. Ianya dapat memutihkan gigi dan merawat masalah gusi berdarah. Ada  perbezaan sedikit dengan ubat gigi yang lain dari segi bau dan kesan. Malahan ika dapat lihat perubahan terhadap gigi ika sendiri. Letak sikit saja ubat gigi di berus gigi sudah mencukupi untuk cover keseluruhan ruangan dalam mulut kita. 

Dalam masa yang sama, ika sangat sukakan flavour Miracle Repair ini iaitu Jasmine (bunga Melati) flavour. Bau lebih fresh. Instead of normal and typical flavour yang ada dalam ubat gigi lain. Bau Jasmine tersebut dapat menyegarkan mulut kita. Yang penting, kita bukan saja kena titikberatkan penjagaan kepala sehingga ke hujung kaki.Malahan, penjagaan mulut juga penting. Gigi sihat, senyuman memikat! 🙂

Ika jatuh cinta dengan packaging ubat gigi Colgate kali ni. Sangat eksklusif. At first dalam hati, ika rasa macam packaging dia macam tube skincare. Cuba kalian tengok penutup Miracle Repair ni. Mana la tak rasa macam tube skincare T.T Haha. Disebabkan dia ada kelainan, rasa teruja pulak. Packaging luar dia pun cantik. Ada curve dekat bahagian tepi kotak. Cantik. 

Macam biasa, beruslah gigi kalian 2-3 kali sehari. Jangan lupa kumur dengan penyegar mulut dan floss gigi. 

Cantiknya cermin . Memang tahu-tahu je yang ika mencari cermin untuk letak dekat meja makeup ika 🙂

Kalau kalian ingin mencuba dan  dapatkan produk Colgate Miracle Repair Toothpaste ini, kalian boleh beli  di Watsons, drugstore berdekatan dengan tempat kalian. Atau klik link di bawah untuk direct ke website Watsons untuk pembelian. 

Watsons Colgate Miracle Repair Toothpaste


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top