KLASSIKKK

CROMOK Image Of Purity demo 1990

Sapa tak kenal CROMOK eh? Gua kenal sejak dari album Image of Purity lagi. Masa tu kat MRSM Muar lagi. 1991.

Diorang punya hype masa tu, student kat Australia buat album thrash. Gua dah thrash dah masa tu even sebelum masuk MRSM lagi. Itu sebab nick gua kat MRSM ialah Thrash @ Thrasher. Tapi sebab kejahilan budak-budak masa tu, selalu tulis nick gua as Trash. Ada beza tu woooo… Gua selalu betulkan ejaan mereka.

Bestnya CROMOK rilis album masa tu disebabkan elemen kemelayuan mereka, paling menyerlah bila intro Ulik Mayang. Dah la masa tu Thrash Metal kiranya masih asing pada kalangan peminat muzik, tiba-tiba CROMOK masukkan elemen kemelayuan pulak. Tangkap habis. Kalau tak minat lagu keseluruhannya pun, intro pun jadi. Jadi playlist budak-budak main gitar kapok kat dalam dorm.

Cuma bila gua selidik dengan senior thrasher @ mat underground kat KL, CROMOK ni kira asing. Sebab? CROMOK tak pernah join mat underground kat sana. Nak join camana, depa kat Australia ye dak?

Disalahkan juga, apabila CROMOK balik Malaysia pun, mereka tak join mat underground kat KL. Ikut kata seorang sahabat yang sekarang otai le dah… sekali tu CROMOK buat show alongside band Thrash Metal tempatan kat KL, mat underground boo kat CROMOK.

Macam-macam la diorang kata pasal CROMOK ni. Gua tak korek dalam-dalam. Tapi sure best punya dengar real story masa tu. Apsal mat underground tak suka CROMOK dan kenapa CROMOK jadi lone ranger?

Aku ingat-ingat lupa tapi Karl CROMOK pernah jadi produser album SIL KHANNAZ Conception Of Madness tapi sekerat je. Kenapa? Aku tak tau. Maybe korang lebih arif tentang cerita ni (betul ke atau myth) boleh la komen.

Aku pun lepas keluar MRSM upgrade jadi mat Death Metal. Dengar Metal yang lebih keras, kental dan ganas. Oleh itu CROMOK terkeluar dari senarai pendengaran. Namun album pertama Image Of Purity tetap jadi favourite. Keklasikannnya menyerlah disebabkan elemen kemelayuan album tu.

Mungkin tanpa sedar ia memberi inspirasi dan idea kepada gua untuk meng’timur’kan band gua masa tu, LANGSUYR. Ye lah, zaman tu (awal 90an), Metal underground tempatan banyak copy dari Barat. Bunyi kasar sikit ye tak? Tapi begitulah realiti masa tu. Cuma gua push sikit boundary tu dengan lirik Melayu dalam lagu Tangisan Embun Pagi. At the same time, SIL KHANNAZ pun keluarkan Pendita Gila yang berbahasa Melayu. As Sahar pulak merilis album berkonsepkan mistik Melayu.

So suka atau tidak, CROMOK memang mencetuskan elemen nusantara dalam pergerakan Metal underground tempatan dengan album Image of Purity. Ironinya masa idea itu direalisasikan tatkala mereka masih berada di Wollonggong, New South Wales, Australia.

Ya mereka merilis sebuah demotape dengan tajuk yang sama. Demotape inilah yang memikat syarikat rakaman VSP untuk merilis album mereka di Malaysia.

Menuju kepada maksud artikel ini. Gua memiliki demotape Image Of Purity. Bukan dari rakyat Malaysia tapi rakyat Australia. Ditanya kepada penjual samada beliau mengenali CROMOK secara personal atau tidak, beliau menjawab tidak. Tetapi beliau mengingati CROMOK sebagai sebuah band yang sangat bagus persembahan live mereka di sekitar litar-litar persembahan di Sydney ketika itu.

Paling best, demotape ini dijaga dengan baik sekali. Kelihatan hampir baru. Gua bertuah kerana memilikinya. Tapi gua sangsi la sikit bab menjaga ni. Ikut sejarah gua, kaset-kaset gua semua berkulat. Ya tak ya jugak, kat Australia udara kering, kaset susah sikit nak berkulat.


Namun begitu, malang juga bagi gua. Gua takde kaset player hahaha… So gua tak boleh nak dengar demotape ni. Sound macamana? Produksi macamana? Ada beza tak lagu dalam demotape ni dengan lagu dalam album (senarai lagu sama je)? Macam-macam persoalan yang tak terjawab.

Ini khazanah negara ni. Demotape ni dicetak tahun 1990, bermaksud dah umur 19 tahun tape ni. Kalau baby, dah jadi teruna/anak dara. Kalau Muzium Negara nak, gua boleh bagi.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top