Membebel

Dah nak kiamat!

Tengahari lepas makan memang suasana yang berat. Perut berat, mata berat…

Tapi gagah juga melangkah ke ofis.

Aku melangkah masuk ke dalam lif, diikuti oleh makcik cleaner.

“Tingkat 3?” tanyaku selepas memberi salam.

“Tingkat 1”, jawabnya sambil tersenyum.

Lif memang slow. Walaupun nak ke tingkat satu. Kederat makcik cleaner, aku agak faham. Nak menggunakan kekuda untuk melangkah beberapa anak tangga (beberapa = banyak… lebih 30 anak tangga) ke tingkat satu, mungkin satu kerja yang berat. Nak pulak kena 7-8 kali turun naik.

Jadi, janganlah kritik beliau kerana tak bersenam.

Aku pun tak sanggup.

Kesempatan menunggu lif sampai ke tingat 1, aku penuhi dengan bicara hormat,

“Panas sekarang ni kan?” Aku memulakan bicara.

“Ha..ah… panas…” jawab beliau sambil mengerutkan dahi.

“Hari dah nak kiamat kot” sambungnya lagi.

Aku tersenyum kelat tatkala kelibat beliau hilang ditutup pintu lif yang akan meneruskan perjalanan ke tingkat 3.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top