
Tetapi a gem dari Penang. Asalnya aku jumpa dari sample mp3 beberapa tahun dahulu. In fact, bukan sample pun, a whole album download. Bila dengar terus hooked! Gila best.
Sampai la beberapa minggu lepas, seorang sahabat nak let go dia punya CD. Tanpa buang masa aku book dan beli. RM10 je, yeaaa…
Ye Damn Dirty Apes berasal dari Penang. Kalau tanya pakcik google, banyak listing band nama ni. Cumanya, ikut kata DDA ni, dioranglah yang first sekali pakai nama ni.
Valve State Dreams adalah album kedua dan probably terakhir DDA kerana sejak rilisnya album ni di tahun 2002, takde pun rilisan terkini. Probably still playing gig? Tak tau. Kalau korang ada info, sila inform ye.
Aku tak tau nak kategori muzik ni sebagai muzik apa. Maklumlah, peMetal tegar. Datang muzik yang lain sikit, gelabah le. Ada gitar heavy, ada drum dan bass. Tapi most of the time, lagunya seperti meleweh (in a good way actually). Selalunya bermula dengan mood yang rilek dan build up agresif pada akhirnya. Vokalnya mengingatkan aku stail Andrew Latimer (Camel). Berbisikan bermelodi. Psychedelic mungkin? Ada jejak Pink Floyd mungkin?
Unsur minimalis pada basic tracknya tetapi disulam dengan track gitar dan bass line yang begitu mengena dengan setiap mood lagunya. Produksi album yang minimal juga memberi kesan. Ia mengkhayalkan.
To sum it up, brilliant album! A true gem!
Interprestasi aku terhadap setiap lagu:
1 DEATH OF OPTIMUS PRIME – Yummy! Pastinya lagu tribute kepada The Transformers dan mood lagunya mengena. Seolah-olah berdiri menghormati Optimus Prime yang baru mati sambil mengenang jasa-jasanya menyelamatkan kaum manusia. 5/5
2 NANINONG – Lagu cinta geek? Seolah-olah menonton filem nerdy dan geek seperti Eternal Sunshine on The Spotless Mind dan Cashback. Naive dan innocent. 4/5
3 DRIFT AWAY (PT.1) – Ayuh kita baring di padang rumput yang tak bertepian. Dongakkan kepalamu ke langit dan perhatikan awan yang bergerak. Senyum dan pejamkan matamu. 4/5
4 CHARLIE – Probably lagu paling dikenali oleh peminatnya. Catchy, infectious dan what is the word? Tak jumpa. Kalau jumpa, sila inform kepadaku. Charlie mungkin seorang anak yang konfius dengan matlamat hidupnya? Mungkin tersesat di tengah jalan. Mungkin juga tidak aware dengan apa yang berlaku dipersekitarannya. Dunia sibuk. Tidak bagi Charlie. 5/5
5 HADO’KEN – Hado’ken adalah sebuah daerah di negara Jiru. Di dalamnya ada satu keluarga petani. Ayahnya walaupun seorang yang tempang tetapi setiap hari tanpa jemu, membanting tulang untuk rezeki keluarganya. Isterinya, walaupun kekurangan bahan untuk memasak tetapi setiap masakannya menjadi juadah syurga kepada si suami. Anak yang dikandung, bagaimanakah nasibnya? Adakah akan berubah? Itu adalah nightmare si suami. Apabila terkenangkan itu, semakin kuat si suami membanting tulang. Hinggalah lahirnya anak tersebut dan mereka…? 4/5
6 DRIFT AWAY (PT.2) – Celikkan matamu kembali. Concentratekan pandanganmu. Hatimu kembali penuh dengan kerisauan dan kepeningan. Jangan layani. Teruskan pembaringan. Letakkan kedua belah tanganmu di bawah kepalamu. Senyum dan pejamkan matamu, untuk selamanya. 4/5
Since ini adalah album kedua, aku masih mencari album yang pertama Ape Kill Ape. Sape boleh tolong?
http://www.myspace.com/ddapenang

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.