Assalamualaikum & Hi readers
️
Buku pertama yang ika baca untuk bulan 10. Ika dapat ebook ini dari penulis. Kalau tak silap haritu, penulis ada offer di facebook untuk siapa yang berminat dapatkan ebook ini sebab rasanya masa tu penulis tengah bermurah hati. Ika pun tak lepaskan peluang untuk dapatkan
. Harini, baru habis baca. Terimakasih penulis, Nur Insyirah.
Ebook ini sudah semestinya tidak dapat diberikan kepada sesiapa. Melainkan dari penulis itu sendiri. Ika selalu highlight bahawa ebook yang ditulis penulis adalah amanah yang kita sebagai pembaca kena jaga sebaiknya. Oh ya, ika suka dengan warna ebook di bahagian dalam iaitu warna pink, siap ada bunga lagi. Gigirl sangat okay! Haha. Cumanya, ika rasa di bahagian tepi yang ada bunga tu, adakalanya macam buat tulisan kabur (part yang ada bunga saja, sikit saja bah). Maybe salah mata sendiri hehe. But it just my 2 cent opinion. Hee. Tapi, mana boleh jadikan itu alasan. Tetap baca sebab cerita best.
Penulis: Nur Insyirah
Format: Ebook
Tarikh Terbit: Julai 2020
Mukasurat: 304 mukasurat
“Seikhlas hati mencintaimu..”
Sinopsis Ringkas
Mengisahkan tentang Faizul yang menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya. Iya kalian, pelamin angan Faizul musnah. Dan dia nampak redha pada ketika itu. Faizul berbelah bahgi dengan perasaan dia ketika itu. Sampailah terjadi satu kejadian, di mana ketika mata dia ralit melihat pengantin, dia berundur tanpa tersedar yang pada masa itu ada seorang gadis yang turut sama sedang berjalan. Terlanggarlah mereka antara satu sama lain.
Pertemuan pertama antara Faizul dan Maira telah menimbulkan satu perasaan lain di dalam hati Faizul. Maka bermulah, misi Faizul untuk mengenali Maira. Mereka sering bertemu tanpa sengaja dan Maira rasa macam Faizul ni stalker. Tapi dalam masa yang sama, Faizul juga la menjadi hero untuk situasi yang tak dijangka oleh Maira.
Ulasan Ringkas
Secara peribadi, ika sukakan kedua-dua watak iaitu Faizul & Maira. Mereka berjaya membawa ika untuk teruskan pembacaan dari muka surat pertama sehingga akhir. Watak Faizul yang tunjukkan effort dia untuk memikat hati Maira boleh dipuji. Dia tak meletakkan paras rupa sebagai no 1, sebaliknya menerima Maira yang digambarkan sebagai seorang gadis yang sedikit berisi dan mempunyai pipi pau. Comel kot! . Very caring, overprotective, sweet and pandai ambil hati Maira.
Watak Maira pulak, dia seorang peguam yang tak lut pada asalnya dengan ayat manis & pickupline dari Faizul. Baginya, Faizul tetap stranger. Dalam tempoh singkat, Maira rasa tidak logik untuk seseorang terus berminat dengan dirinya. Maka berlakulah adengan jual mahal dan tarik tali oleh Maira.Tapi part tarik tali tidak la drag mood ika sebagai pembaca. Heroin yang perwatakannya memang seperti gadis normal yang sentiasa curious dan banyak persoalan bermain di minda. Haha. Perwatakannya juga unpredictable. Lepas melalui fasa yang lain, dia kena adapt dan blend dengan watak Faizul. Menjadi seorang yang manja dan berterus terang tentang isi hati dll. Seorang yang lantang bersuara dan menyampaikan apa yang di ingin katakan.
Konflik juga bukanlah konflik yang berat. Masih menjadi bacaan santai dan ika sikit pun tak sakit kepala baca USS, mood baik sebab tak ada watak yang menyakitkan hati.Aha, Mesej penting yang ika boleh ambik dari novel USS ini ialah jika kita inginkan sesuatu, usaha dan doalah. Seterusnya, jika sudah berkahwin jangan ada rahsia di antara pasangan kerna hidup bersama kan, seharusnya kita berkongsi la cerita yang sepatutnya diceritakan. Barangkali, rahsia yang kita simpan itu bila terbongkar akan menjadi masalah kepada pasangan kerna salah faham. Get it?.
“Never lie to your soulmate. Because one lie leads to another”
Facebook Penulis Nur Insyirah
Kalian yang ingin dpaatkan Untuk Sayang Saja boleh direct message penulis di facebook
Congrats penulis Nur Insyirah untuk USS. Ika enjoy baca USS. Teruskan berkarya. Hee.