Eid

Eid Fitri di Bethlehem 30 Ogos 2011

Alhamdulillah, pengalaman berhari raya di perantauan. Walaupun sedih tidak bersama keluarga tetapi di hari Eid, kena bergembira kerana itu adalah suruhan agama.

Maka saya pun bergembira!

Bangun subuh, mandi sunat raya dan terus masak sarapan yang menyelerakan. Sunnah sebelum ke masjid solat sunat Eid, ialah makan dulu. Tanda kita sudah tidak berpuasa.

Shahrukh mengambil saya dan kami terus ke MALV.

 Kami awalleen. Orang baru start sampai. Masa 740am.
 Jemaah dijangka melimpah sampai ke luar dewan solat.
 Jemaah baru datang.
 Dewan solat.
 Selesai solat. Jemaah berpelukan dan mengucapkan, EID MUBARAK!
 Bersama student Arab (tak ingat nama) dan Ibrahim (kanan)
 Shahrukh Bangla (kiri) dan Shahrukh Paki (kanan) – Dua-dua adalah nama sebenar!
 Selesai berpelukan dan mengucapkan tahniah, kami keluar untuk ‘bersarapan’.
 Full house!
 Beratur nak makan
 Ramai!
 Traffic jam!
 Long queue. Untung saya dah makan di rumah dulu. Itulah hebatnya sunnah.  Tak rasa lapar ketika beratur.
 Ladies first, of course.
 Parking lot. Di seberang tu adalah gereja *yang juga bagi access untuk parking. Polis juga sibuk mengawal trafik di jalan.
 Bersama Pak Andi dari daerah Lombok. Sudah 11 tahun menjadi siak masjid MALV. Akan pulang ke kampung halaman tahun depan untuk pencen. Beliau juga pernah bekerja di Malaysia di tahun 90an. Pantang berjumpa, mesti kami bersembang panjang.
 Western breakfast – telur hancur, hash brown, bagels, donuts etc.
Dalam kereta baru Nazeer – Mazda3. Nice car!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top