Membebel

Empat bands yang aku kumpul jadi koleksi

Ikut turutan kepentingan…

1. IRON MAIDEN
– setakat ni koleksi paling banyak. Ye lah, band utama le katakan. Tapi sebenarnya terlampau banyak benda nak kolek jadi aku spesifikkan kepada CD dan baju je. Itupun dah boleh jadi bangkrap. Album dalam bentuk rekod (LP) ada cuba kolek tapi mahal sangat. Gila.

2. HELLOWEEN
– Kedua banyak. Nasib baik la band ni tak berapa banyak benda nak kolek. Setakat ni cuma mampu kumpul CD je. CD single ada beberapa keping yang tak cukup.

3. MEGADETH
– Juga kumpul CD je. Ada beberapa special dalam koleksi antaranya Megadeth Megabox dan Skin O My Teeth singles yang datang dengan EP, CD dan permainannya.

4. DREAM THEATER
– rasanya paling kurang benda nak kolek. Ada la tertinggal beberapa CD versi Japan pressing yang special tu. Biasa la, kalau special, harga jadi mahal. So tengok budget.

Kalau sesiapa yang membaca ni nak membantu aku mengumpul, silakan. Kot ada yang nak jual ke mungkin CD tu aku tak lagi, you’re welcome!

Boleh browse dalam blog ni kalau nak baca ulasan beberapa CD yang special. Ataupun kalau nak jamu mata je, boleh tengok koleksi di http://koleksirockmetal.blogspot.com (tak complete lagi, sikit-sikit masuk).

Buang masa? Buang duit? Nak buat camana… dah hobi.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top