Fikir random mingguan

Fikir random mingguan 7-13 Dis 2009

1. Alhamdulillah barang dah angkut masuk dalam kapal. Total 4 m kiub = AUD$800 kos penghantaran door to door. Tinggal barang-barang kecik je. 6 orang semua so dapat la 120kg capacity luggage.

2. Seorang teman lama dalam proses minta fasakh. Aku pun godek-godek maklumat mengenai fasakh ni. Bertambah sikit ilmu. Ada syarat nak mintak fasakh (korang google le sendiri). Yang menarik, mahkamah syariah kita ni masih ada loophole. Contoh satu kes fasakh drag sampai 7 tahun. Ada yang jadi gila. Imagine, 10 orang dok pinang tapi tak boleh sebab masih berstatus isteri tapi hubungan dah macam orang bercerai. Supposedly kalau si suami dalam kes tu faham tuntutan cerai berdasarkan ayat di bawah, mesti dia tak berani nak main-main.

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah:231)

3. Sape nak beli CD??? Harga RM30 je sekeping! Bolehlah pergi sini. CD yang aku rasa tak sanggup nak pisah lagi je aku simpan. Yang lain-lain… has to go!

4. Thanks to sahabat baikku di Tronoh, En. Saiful al-Tronohi kerana telah tolong mendapatkan rumah sewa untuk aku sekeluarga di sana. Rumah banglo RM400. Tinggal landlord nak cat sikit dan repair apa yang patut je kat rumah tu. Masjid pun dekat. Aku berkira-kira nak pakai scooter je kalau ke masjid nanti. Bayangkan pakai kain pelikat naik scooter.


6. DVD mingguan: Terminator Salvation best! Pelakon feveret Christian Bale pun jadi hero. Jalan cerita pun thumbs up! 9/10. Changeling berdasarkan kisah benar korupsi polis tahun 20an dulu yang bukan jadi penyelamat tapi perosak masyarakat pula. Lakonan Angeline Jolie dan arahan Clint Eastwood yang top class! 9/10. Public Enemies, juga kisah benar tentang samseng zaman Depression dulu, Mr Dilinger yang jadi Robin Hood of that era, langsung memberi idea kepada band Dilinger Escape Plan sebagai nama 7/10. Valkyrie, juga kisah benar (!) mengenai konspirasi pimpinan teratas soljar German nak menjatuhkan Hitler yang seperti kita tahu tak berjaya. Namun ini menggambarkan bahawa bukan semua orang German tu seia sekata dengan Hitler 7/10. Reservation Road merupakan sebuah drama berat tentang American Dream yang menghancurkan sebuah keluarga idealis. Lakonan superb dari Leonardo DiCaprio dan Kate Winslett (kali kedua selepas Titanic) 9/10. Dead Snow kisah zombie di musim salji di Norway! Penuh dengan darah dan adegan kejam. Tak lupa juga lawak ala Evil Dead 7/10.

7. Youtube mingguan:


Langsuyr 4 tahun lepas jamming hehehe… nampak aku tak?


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top