Komentari Metal

Filem Detroit Metal City

Sinopsis cerita:

Soichi Negishi (dilakonkan oleh Kenichi Matsuyama) ialah seorang pemuda yang pemalu yang bercita-cita mahu menjadi penulis dan penyanyi terkenal. Atas beberapa sebab dia terpaksa menjadi vokalis kumpulan Death Metal berhantu bernama “DETROIT METAL CITY” (DMC). Atas stage, dengan kostum dan mekap, beliau bertukar menjadi  Johannes Krauser II, vokalis yang mencarut setiap minit. TETAPI dia perlu merahsiakan identiti beliau dari aweknya, Yuri Aikawa, yang membenci muzik Death Metal. Apakah yang akan terjadi bila rahsianya pecah? Namun DMC menjulang naik di persada muzik. Bertambah rumit, RAJA Death Metal lagenda, Jack IL Dark (dilakonkan oleh Gene Simmons), mencabar DMC untuk berentap untuk klimaks filem ini. Apakah nasib Negishi?

Aku baca sinopsis ni pun dah ketawa.

Tambahan pula, ini cerita Jepun. Lawak Jepun ni kalau kena gaya, memang berguling gelak.

Untuk peminat filem Jepun, pelakon utamanya Kenichi dikenali sebagai pelakon filem Death Note jadi ada daya tarikan umum di situ.

Mungkin ini filem yang akan menjejaki status kult Spinal Tap? Kena tengok dulu le nampaknya.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top