Buku

Food Festival Malaysia & Thailand Shah Alam 🍴

Hey ✋🏻Salam Jumaat & Salam Maulidur Rasul. 


Harini, semua org cuti, tapi ika kena kerja. Haha. Tak mengapa. Rasakanlah pengalaman kerja yang takda cuti, fefeeling tak dapat cuti nak balik raya. HAHA. 
So, harini opismate ika ngajak ika pergi Food Festival dekat Shah Alam. Oh, ika sendiri taktahu ada food festival.  Dan, em ni jujur cakap. First time pergi food festival. Sebelum ni dengar je, dan tak rasa berminat nak pergi. HEHE. 
Tak sempat nak ambik banyak gambar. Ini pun hasil curi curi. 

FESTIVAL MAKANAN MALAYSIA & THAILAND


Location dia senang je. Belakang giant dan of course bukan la dalam stadium. Dekat dekat dengan stesen bas Seksyen 13, Shah Alam. Nampak ada khemah besar warna putih, nampak booth jual tudung, jeruk & makanan. Ha, situ la dia. 
Serius, ada macam macam sangat sangat banyak gila makanan Malaysia & Thailand. 
Cuma siap sedia duit je. 
Dalam banyak banyak tu, ika tertarik dengan satu kedai yang jual churros, telur puyuh goreng & stick, air besaw. 
Antara makanan yang ada dekat situ is Bakso, Pulut Mangga, Kerabu Maggi, Pau Viral, Nasi Kerabu, Sotong goreng, Somtam, Tomyam, Air Mangga & alot. Alot weh. 
Bukan makanan minuman sahaja. Tapi ada jugak yang jual baju Tshirt RM6, Tudung, Kosmetik, Selipar, Biskut Timbang, Jam, Beg & etc. 
Oh ya , ini kedai yang ika beli churros. Kedai dia hujung sekali belah atas. Betul betul sebelah kedai jual air mangga. 



Harga churros: RM6 (9 Ketul) + Sos. 
Boleh rasa dulu. Lepastu decide nak perisa apa. Bagi ika, yang warna kuning tu sedap. And ika tak pasti itu apa. Butter? Vanilla? HAHA. Lupa nak tanya. Yang penting dia sedap. Choc too mainstream. Sebab dah selalu sangat makan churros dgn choc. Ada jem strawberry, pandan. 
Berbaloi sebab churros dia panjang panjang, panas serta mok. Nampak tak mesin buat churros tu? HAHA. So cool. That’s why depa buat sesikit. Nampak cam dah nak habis, buat lagi. Dapat la makan panas panas. 
Packaging dia cute hokey. Semua bekas letak makanan dia semua cute. HAHA. Taktau la mana depa beli. Nak buang pun sayang, tapi kena buang sebab kotor. 

Telur Puyuh : RM 3 
Stick Puyuh: RM 3

Air mangga pulak opismate ika yang beli. Nampak cam terliur jugak. Tapi dah terbeli air lain, so kenot la beli. Hanya mampu tengok saja la opismate minum. HAHA. Kedai ni mcm ika kata, betul betul sebelah kedai churros ni. Special nya ianya mangga float. HAHA. Nampak so piawwwww kaw punya air mangga dia. 


So, ika ada tanya opismate ika sebab ika ada google benda ni tapi cam haha problem pulak internet. Lambat ciput. So, kata opismate ika sampai hari Ahad ni. And also sampai ke malam. 
Selamat menjamu selera, menghabiskan duit, bersantai bersama keluarga dan apa apa sahaja asalkan kau bahagia. AHAHA. 
Maaf, sebab tak cukup info. Sangat mengejut pergi. Tak sempat nak mengoogle. 
Till then gais. Jumpa lagi in next entry. 
Assalamualaikum 🌸


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top