
This is a speed review. No editing. Short of time.
Sampai hampir 7pm dengan jangkaan gig start lewat. Ternyata salah. Gig start on time. Ini adalah generasi baru organizer yang belajar dari pengalaman dari Jepun. Akibatnya saya tertinggal dengan band yang nak ditengok iaitu Central Disposal dan Catarrh.
Band 4 terakhir semua sama stail. Kalau tak thrash German pasti Brazil. Oleh itu kami disajikan dengan pakaian berspike, conteng muka calit-calit sikit dan lambang salib terbalik. Saya dah muak dengan semua ini. Dah le band black metal sepesen macam tu, ni band thrash pun sama. Aiyaaa. Saya mahu menonton thrash metal seangkatan Metallica, Megadeth, Anthrax, Testament etc yang sebenarnya rare breed kat kawasan sekitar kita ini.
Paling sakai sebuah band dari Singapore dengan jeritan nak kongkek pompuan kat gig ni. Nada memang gurau tapi WTF??? Mungkin dia belum berkahwin, takde anak perempuan, takde adik pempuan/kakak etc. Ada la jugak gadis-gadis dan wanita-wanita yang menonton, perasaan mereka saya tak pasti. Tapi yang tukang sahut ada la 2-3 orang. Nyata band tersebut syok sendiri.
Band Thailand pun ada yang main. Main bagus tapi not that I’ve not seen before. Seperti kata saya, muak dengan spikes, salib terbalik etc. Overdone. Too much.
Dan brader-brader tonggang arak tu, please la. Orang nak enjoy, tak jadi nak enjoy. Kalau terpecik kan dah payah. Nak solat pun payah. Bau lagi. Kot takde yang tonggang tu, mungkin ramai lagi yang boleh sekali enjoy banging depan stage. Saya cadangkan, anda tonggang dulu sampai habis sampai weng lepas tu baru le masuk venue. Nak tertonggeng apa lepas tu pun tak kisah. Tapi nak tayang depan orang ramai yang anda penonggang yang hebat, tak payah le. Takde yang heran. Menyampah dengan benci ada.
Penyudahnya, saya melepak di luar saja. Ramai juga yang lepak luar. Samada mereka sama perasaan dengan saya (overcooked and overdone) atau dalam venue panas (aircond tak cukup capacity).
Organizer yang peramah saya salute. Tahun depan mau Metallica Megadeth pulak la woi.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.