Eksperimentasi Nikon D60

Hujan Batu dan Eksperimentasi Nikon D60, Part 2

1. HUJAN BATU!

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri… NOT!

Pagi tadi, tatkala aku mamai di depan PC tiba-tiba hujan lebat. Kuat. Ku toleh ke belah tingkap sambil berkata kepada isteriku, “hujan batu…”

“Cepat bang cepat…!!! Ambik kamera cepattttt…!!!” Jerit isteriku sungguh-sungguh.

Aku yang mamai, melompat terkejut. Hampir bersilat aku mencari kamera. Lantas mengambil beberapa shot yang tak berapa clear. Maklumlah, hujan lebat. Masuk air kamera ni, naya!

Isteriku yang tak puas hati dengan shot yang kabur, blur dan kaput tu, lantas mengambil alih posisi jurugambar. Aku kembali mamai.

“Tengok ni…” kata isteriku sambil menunjuk gambar yang diambilnya. Lebih baik dari apa yang aku ambik tadi. Oh my lovely wife, terer jugak u ambik gambar ye…

pemandangan atas connector bangunan Engineering North dan Engineering South. Ofis aku kat Engineering North. Sila ziarah aku (bawak ole-ole sekali).

Elder Hall… kadang digunakan untuk majlis konvokesyen. Nama macam Lord of The Rings.

Elder Hall, pandangan sipi.

Bonython Hall… dia punya simbahan cahaya tu memang gerek ah! Nampak bangunan The University of Adelaide tu? Bangunan universiti disewa sampai ke pusat bandar.

Bonython Hall shoot menghala ke city centre.

same shot, kasi panjang sikit.

p/s: psstt… Lutfi student tutorial gua… gua dah beli tiket Carcass. Lu jangan buat perangai tak senonoh eh nanti. Lu buat pe’el, gua jual lu hantar pi Papua, OK?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top