Iron Maiden Singapore

IRON MAIDEN Singapore – Agihan seat

Yang nak beli tiket IRON MAIDEN di Singapore show 15/2/2011 nanti, sila ambil perhatian.

Ahli kelab IRON MAIDEN dapat beli tiket pada 8/11/2010 nanti sebanyak 4 keping seorang sedangkan yang bukan ahli, tiket dibuka untuk jualan pada 9/11/2010.

Seperti yang dinyatakan oleh deaf, seat allocation berdasarkan kepada gambarajah di bawah:

klik untuk imej lebih besar

PEN A dan PEN B ($178 dan $148) tu kira seat panas. Fans akan cuba sedaya dapatkan seat ni. Bermakna, hari presale, majoriti seat ni akan disapu. Take note seat $148 tu ada belah tepi juga yang tak berapa best walaupun di depan.

Katalah 80% seat panas tu habis masa presale, tinggal 20% yang kena berebut pada jualan umum 9/11/2010 nanti.

Ramai fans tetapi tak jadi members so mereka pun mungkin akan berebut hebat 9/11 nanti.

Seat yang murah sikit kalau dapat tengah punya view pun OK cuma jauh la sikit. Tapi kalau dapat tepi, sound dari stage dengar tak balance kot?

Gambar stadium tu boleh tengok bawah (thanks deaf) klik untuk imej lebih besar:

Good luck everyone (untuk aku sekali yang akan berebut 8/11).


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top