
Tiket presale bermaksud, jualan tiket yang dilakukan kepada ahli fan club sebelum kaunter dibuka kepada orang ramai.
Untuk IRON MAIDEN ia adalah lumrah untuk setiap show.
Tiada keistimewaan lain seperti harga tiket lebih murah ataupun dapat berjumpa dengan band selain dari hari jualan tertutup sebelum dibuka kepada orang ramai.
Kalau begitu, nak sibuk-sibuk buat apa?
Sebab utamanya adalah berebut best seat. Dalam kes show di Singapura, tiket paling mahal berharga SG$178. Aku suspek lokasi depan stage. Berapa banyak allocation lokasi ni aku tak pasti.
Kapasiti stadium tu 12,000. Agak-agak boleh habis? Aku suspek boleh full house sebab ini julung-julung kali IRON MAIDEN turun Singapore. Bak kata deaf, bukan individu je yang akan turun, bahkan rombongan dan seisi keluarga (seperti dalam dokumentari Flight 666).
Itu tak termasuk fans yang akan datang dari luar. Bukan saja Malaysia, malah dari Indonesia, Australia, New Zealand, US dan Eropah. Dari forum official, peminat dari India pun akan turun kerana tour ni tak singgah India pun.
So, masa presale nanti pun aku rasa ramai yang nak membooking secara online. Kalau organizer tiket tak biasa dengan big-rush macam ni, ada kemungkinan website breakdown (laman IRON MAIDEN sendiri berapa kali dah crash sebab ramai sangat masuk).
Jangan risau. Untuk presale ni cuma best seat je yang ada kemungkinan habis dijual sebab setiap members dapat beli 4 tiket sekaligus. Seat biasa, mungkin ada banyak lagi. So kalau anda target asal dapat tengok je (tiket murah), tak payah berdebar-debar. Esok masih ada (9/11/2010 jualan public).
Tapi kalau anda memang nak best seat ada dua opsyen: 1. Kirim tiket kat members (sori aku punya dah FULLY BOOKED!) 2. Jadi ahli kelab online dengan bayaran GBP10 setahun.
Akhir kata— selamat berjaya membeli tiket!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.