First pressing CD ni adalah satu istilah yang digunakan untuk CD yang dicetak untuk batch pertama. Mungkin pada mula rilis album tu, syarikat rakaman cetak 20,000 keping. Bila habis, cetak lagi lagi 20,000 keping. Maka yang 20,000 pertama tu dikatakan sebagai FIRST PRESSING.
Untuk band yang lebih kecil, mungkin lebih mudah nak differentiate. Sebab kurang popular, maka cetakan pertama 1,000 keping je. Kalau tak laku terus, buat apa nak ulang cetak ye tak (hihihi…)? Dan tiba-tiba 10 tahun kemudian, band tu jadi popular pulak, maka ada demand dari fans nak dengar album yang awal tu. Sudah tentu dah tak jual kat kedai. Maka syarikat rakaman ambil inisiatif untuk ulang cetak. Untuk menarik perhatian pembeli, maka diletak ekstra. Kadang-kadang, lagu-lagu di dalam tu diproses semula. Bunyi gitar bagi kuat sikit, drum yang tak berapa sedap, disedapkan sikit. Ataupun bagi lagu bonus. Semua tu sebagai gula-gula untuk peminat membelinya; termasuklah mereka yang dah ada FIRST PRESS CD. Itulah yang dinamakan “re-release” atau “remaster”.
Remaster ni satu proses dalam studio. Lain kali boleh bincang.
Anyway, korang dah dapat idea kan, apa beza FIRST PRESS dan REMASTER CD.
Sebagai study case, aku bawakan koleksi CD MEGADETH, album pertama bertajuk Killing Is My Business… And Business is Good!

Terdapat perbezaan ketara antara yang remaster dan first pressing. Paling jelas ialah gambar covernya (contengan pada gambar remaster tu ialah autograf Abang Mus sendiri! yeaaa…). Manakala antara first pressing US dan Australia lebih detail. Sekali pandang memang tak ubah. Beberapa kali pandang baru nampak perbezaannya.

Lagi satu beza ketara antara remaster dan first pressing ialah senarai lagunya (pendetailan coming next). Ada 11 lagu dalam versi remaster sedangkan cuma 8 lagu je dalam first pressing. Sementara antara US dan Australia (Ozz), beza cetak: perhatikan kat bawah kanan gambar atas tu. Nampak beza kan? Walaupun sikit hehehe…
VERSI REMASTER

The album’s artwork, featuring a plastic skull with tinfoil, was not intended to be the original artwork. Mustaine wanted a picture of Megadeth mascot Vic Rattlehead on the cover, however the studio lost the artwork, so they improvised the low-budget replacement.

1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business…And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. Rattlehead
5. Chosen Ones
6. Looking Down the Cross
7. Mechanix
8. These Boots
9. Last Rites/Loved to Deth (Unreleased Original 1984 Demo)
10. Mechanix (Unreleased Original 1984 Demo)
11. The Skull Beneath the Skin (Unreleased Original 1984 Demo)

First Pressing (Australia)

Sekarang, lagi canggih. Kadang-kadang band sendiri yang involve A-Z proses layout ni. Contohnya, album LANGSUYR ‘Asyik’ tu. Gitaris Azmaniac juga adalah graphic designer yang berbakat. So dia design terus A-Z.

Semasa album ini mula dicetak, ia dicetak dibeberapa buah negara. Jika di negara tersebut, sales dijangka mantap, maka adalah lebih kos efektif ia dicetak di negara tersebut. Otherwise, takde la. Kena la orang negara tu order direct dari negara yang ada mencetaknya. Ataupun dalam kes yang sama, boleh juga ia dicetak di satu negara je, contohnya di US. Dan ikut demand, mungkin 1000 keping je dihantar ke negara Australia contohnya. 1000 keping yang dipos tu lebih murah kosnya dari mencetak sendiri.

First Pressing (US)

Oleh kerana MEGADETH ni band dari US, maka sudah tentu di US mereka lebih popular. Majoriti kes macam tu la. Tapi ada juga artis dok US tapi lebih popular di negara lain. Sebagai contoh, gitaris hebat Yngwie J Malmsteen. Beliau menetap di Florida, US tapi ada certain album dia dirilis HANYA di Jepun. Menunjukkan beliau lebih popular di Jepun dari US sendiri.


Sekarang, tracklisting pulak…
1. Last Rites/Loved to Death
2. Killing is My Business…And Business Is Good
3. The Skull Beneath the Skin
4. These Boots
5. Rattlehead
6. Chosen Ones
7. Looking Down the Cross
8. Mechanix
Perhatikan arrangement ada sikit beza dengan remaster. No lagu 4 pada 1st pressing ialah lagu These Boots sedangkan lagu yang sama pada versi remaster ia diletak pada lagu ke-8. Signifikannya? Entah…
Dan yang paling buat peminat bising ialah lagu These Boots ni. Ianya adalah lagu cover (saduran). Ikut kata wikipedia,
These Boots was on the original pressing of the album, but deleted from subsequent pressings due to legal issues with the song’s writer, Lee Hazlewood. It was later added back onto the 2002 remaster, albeit with edit beeps everywhere a lyric change was made.
bermaksud, pada versi 1st pressing, ianya UNCENSORED! Dalam remaster ada bait-bait liriknya dicensored dengan bunyi ‘bleep’. Ikut cerita, penyanyi asal lagu ni tak approve Megadeth punya versi ni jadi mereka telah diberi amaran. Sebabnya ada perkataan ‘kasar’ yang dimasukkan. Untuk mengelak dari kena saman, terpaksa la Megadeth akur.
Lagi satu, ada satu lagi versi yang mana aku tertinggal. Iaitu versi yang mana cuma ada 7 buah lagu je. Lagu These Boots dibuang terus dari album. Tu, kena cari jugak le nampaknya hehehe…
Harga? Sudah tentu first pressing lagi mahal disebabkan kuantitinya yang sedikit di pasaran. Antara US dan Australia? US versi lagi mahal sebab itu asal negara sebenar. Tapi boleh juga negara lain lebih mahal especially kalau negara tu pelik. Contohnya, dicetak di Nigeria ke, Ghana ke… mana nak cekau tu…
TAMMAT
p/s: next episod, apa pulak nak bincang eh?

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.