Dakwah dan Tabligh

Jangan lupa… ESOK!!!

IJTIMA UMAT ISLAM SE MALAYSIA

TEMPAT : Berhampiran Masjid KLIA Kuaters, Labu , Nilai.

TARIKH : 9-12 hb Julai 2009

Sama-sama kita jadi orang yang peduli. Peduli akhirat daaaa…. Dunia dah dok bergelumang most of the time. Ambil manfaat dari ijtima ini sama-sama dengarkan nasihat dan tazkirah dari mereka yang layak, insyaAllah.

Ijtima (perhimpunan) ini adalah terbuka kepada semua orang Islam (yang lelaki). Tak perlu registration, tak perlu ID, tak perlu isi borang etc. Hanya bawa diri je. Kalau niat untuk bermalam di tapak ijtima, sila bawa keperluan (alas tidur, selimut, tuala etc).

DETAILS HERE.

Nasihat dari Tuan Guru Hj Saleh Penanti Muhajir Makki (anakanda kepada Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, Pengasas kepada Pondok Pengajian Manabi’ul ‘Ulum Penanti, Seberang Prai. – sekarang menetap di Mekah):

Allah sendiri bersumpah dengan ‘masa’ bahawa semua manusia sama ada kaya atau miskin, raja atau hamba… semuanya dalam kerugian. Rugi! Rugi! Rugi! Kecuali, orang yang ada iman! Tapi iman sahaja ‘tak cukup, kena ada amal soleh. Ada dua ‘tu sahaja ‘tak cukup, kena pula tawasau-bil-haq (berpesan-pesan dengan perkara yang haq). Tawasau-bil-haq inilah kerja dakwah. Ada tiga ‘tu juga masih rugi, kena pula tawasau-bis-sabr (berpesan-pesan dengan kesabaran). Sabar ialah kepala iman. Ada keempat-empat ‘ni, barulah tidak rugi!” (Tafsir surah Al-Asr)

Moga dapat amal dan sebarkan insyaAllah.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top