

Kereta pertama aku beli brand new. Sebelum ni beli 2nd hand.
Nissan Grand Livina.
Satu bulan setengah menunggu baru dapat. Tadi nampak iklan Grand Livina kat suratkhabar, MPV terlaris tahun 2009 (kategori seat 3 row). Aisey, aku ingatkan tak ramai beli. Penuh la Grand Livina kat jalanraya lepas ni.
Masa memilih, aku dah test drive Chery Eastar (yang merupakan 1st choice masa kat Australia lagi), Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Innova, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Grand Livina aku test paling last.
Chery Eastar dan Toyota Innova pada aku terlampau besar tak berapa sesuai dengan anak-anak aku yang kecil. Proton Exora aku rasa macam enjin bunyi kuat sangat dan rasanya size besar tak sepadan dengan 1.5 cc. Perodua Alza, interior rasa macam tak berapa best. Aku prefer Avanza sebab size sesuai dengan enjin dan size tak terlampau besar .
In fact, aku dah bayar deposit RM3K untuk Avanza yang mana akhirnya aku cancel selepas aku test drive Grand Livina. Grand Livina aku rasa menepati citarasa aku. Size yang tak besar, enjin yang sepadan dan tak rasa macam “van” sangat bila masuk dalam.
Smooth driving. Aircond walaupun blower kat depan je (+blower kecik kat 2nd seat) tapi aku rasa memadai. Tambahan pula bentuk yang agak sporty dengan tambahan bodykit Impul.
Aku nak ulas panjang-panjang, tak reti. Kalau bagi aku CD sekeping, bolehlah aku ulas panjang-panjang.
Salesman Toyota kata aku boleh dapat refund RM3K tu, tapi dah nak masuk dua bulan check tak sampai lagi, apa sudah jadi? Minta nasihat sikit.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.







