———————
Pengalaman aku:
1. Masa buat MSc di UTM, aku dah berkahwin. Satu hari berjalan-jalan di Kompleks Angsana, aku dengan wife didatangi oleh salesman untuk credit card. Sebelum ni dah berapa kali menolak tapi kali ni menurut saja. Menolak bukan tak mau, tapi takut malu tak cukup syarat. Hidup dengan elaun pelajar graduate berjumlah RM1.5K sebulan, takut kena gelak je dengan salesman.
Aku terperanjat bila salesman kata, anda layak! Wow! Ini sudah bagossss! Credit limit RM4K.
Aku apply dan tak berapa kemudian dapatlah kad kredit tu.
Bila pindah ke Balakong atas sebab dapat jadi tutor di UPM, wife aku berhenti jadi cikgu sandaran. Pendapatan aku jadi tutor tak banyak beza dengan elaun sebelumnya. Hidup kami masa tu, dalam masalah kewangan, memang sedang masalah!
Kad kredit tak terbayar. Masih guna juga kad kredit sampai kena block. Tak lama lepas tu, dapat surat peguam ugut untuk bawa kes ke mahkamah.
Aku nyaris jadi statistik dalam artikel NST ni. Aku dapat bayar kesemua hutang kad kredit tu dengan menjual some of my priced CD collections (CD Metal ada harga, tak rugi kumpul – sesak-sesak boleh jual).
Sekarang ada kad kredit juga (Maybank Ikhwan). Memang brutal punya credit limit dia bagi hahaha… boleh buat downpayment rumah semi-D. Harap-harap tak jadi statistik NST juga.
2. Sebelum fly ke Australia aku clearkan semua balance kad kredit yang aku ada. Malangnya aku terlupa nak tutup akaun salah satu daripadanya.
Bila kembali, selepas 3.5 tahun, seperti orang lain, aku nak beli kereta. Apply financing. Bank telefon kata, “Nama Encik blacklisted la!”
Semak punya semak, rupa-rupanya kad kredit annual fee masih jalan. Total nak cecah RM400. Aku bayar dengan kadar segera.
Ia mengambil masa lebih sebulan untuk selesai dan clear nama dari senarai blacklist Bank Negara. Sepatutnya cepat dari itu tetapi person-in-charge yang aku jumpa di bank tersalah setel. Sepatutnya aku kena bayar di kaunter bukan di ATM machine. Dia bawak aku bayar kat ATM menyebabkan apa kes aku tak dapat nak refer pada HQ bank tu. Selepas beberapa kali call dan jumpa in-person di bank, barulah nama naik ke Bank Negara dan nama aku clear.
3. Aku apply kad kredit. Bank tolak sebab nama blacklisted (dari kes #2).
Sebulan kemudian, aku dapat statement dari bank tersebut supaya bayar fee RM50. Aik? Permohonan ditolak dan kad kredit pun tak dapat tapi dapat statement jugak?
Aku call dan aku explain. Person-in-charge kata dia akan siasat.
Aku masih dapat statement suruh bayar that-damned RM50.
Aku pergi kaunter dan re-explain. Person-in-charge kata, takpe, nanti hilang le nama you dari list tu.
MASIH LAGI AKU DAPAT STATEMENT RM50 tu.
Sampai sekarang masih dapat statement. Gila.
———–
Moralnya? Berhati-hati dengan kad kredit!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.