





Untuk ulasan terdahulu dari fellow blogger, deaf-angel, sila layari SINI.
4. GLAMOUR OF THE KILL – 2 Minutes To Midnight – Cover yang diexecute oleh gitarisnya dengan penuh feel tetapi kureng di bahagian vokalnya.
5. COHEED AND CAMBRIA – The Trooper – Apsal suara vokalis dia macam tu eh? Tak tau yang menyanyi tu lelaki ke perempuan. Quite irritating sekadar mendengar vokalisnya namun cover yang boleh tahan. Sedikit atas average.
6. DEVILDRIVER – Wasted Years – Waste of time!
7. SIGN – Run To The Hills – Interpretasi yang penuh dengan imaginasi. Aku tak menyangka yang lagu ini yang cheesy boleh menjadi begitu atmospheric dan berjiwa! Tahniah kepada Sign yang menghidupkan kembali lagu yang overused ini. Sign mengubah 180 darjah hala dan tuju lagu ini. Interpretasi paling kreatif di dalam kompilasi ini.
8. DREAM THEATER – To Tame A Land – Kalau buat perbandingan bass lines paling bagus dalam kompilasi ni camana? Siapa menang? Yeap, anda betul, sudah tentulah John Myung. Dalam kebanyakan bands dalam kompilasi ini seakan mahu menyembunyikan bunyi bass mereka, Dream Theater seolah-olah nak highlightkan bass John. Sudah tentu kekuatan utama Iron Maiden adalah basslines, maka apa nak disegankan lagi. James LaBrie pun begitu menyerlah vokalnya dalam track ini. Solo gitar berganti antara gitaris John Petrucci dan keyboardist, Jordan Rudess. Outstanding piece!
9. MADINA LAKE – Caught Somewhere In Time – Juga antara beberapa band dalam kompilasi yang menukar rupa bentuk lagu asal. Hilang terus mula gitar lagu asal dan diganti dengan riffs yang totally different. Yang dikekalkan hanya melodi vokal. Namun begitu, ia memberi satu alternative view terhadap lagu ini. Menarik untuk dikaji terus.
10. GALLOWS – Wrathchild – A TRIUMPH! Ini adalah track terbaik dalam kompilasi ni. Gallows menambahkan elemen agresif dan raw ke dalam original track dengan muzik punk/crusty mereka. Riffs asal walaupun sedikit berubah tetapi feelnya tetap sama. Seolah-olah kita kembali mendengar Wrathchild untuk kali pertama!
11. FIGHTSTAR – Fear Of The Dark – Cuba untuk mengekalkan kebanyakan riffs dan feel dan agak berjaya. Solo gitar yang menarik walaupun serupa tetapi ditambah dengan lebihan skill gitarisnya.
13. TRIVIUM – Iron Maiden – Malang sekali vokal Matt yang meneran thrashy tak masuk dengan lagu ni. Menambahkan lagi keyakinan bahawa Trivium ni memang produk MTV.
14. YEAR LONG DISASTER – Running Free – agak punkish tetapi agak kureng sikit.
15. GHOSTLINES – Brave New World – Sesuai dengan lagu yang dipilih, Ghostlines mengubah lagu asal menjadi lagu ala prog rock 70an dengan bunyi moden. Juga antara outstanding track dalam kompilasi ini.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.