![]() |
Nur Irisyafida Balkis dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya. |
BATU PAHAT – Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah
tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman
lelaki ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana
mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan
kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera. LINK
Masa di Australia dulu, satu sifat orang Australia yang dah takde pada masyarakat kita ialah ambil peduli hal orang lain.
Contoh terbaik terjadi pada keluarga saya. Suatu hari Sumaiyyah (anak
no 3) menangis atas suatu perkara (bukan sebab kena pukul). Oleh kerana
saya dan isteri malas nak melayan, kami membiarkan saja Sumaiyyah
menangis dengan harapan bila dah penat, dia akan diam sendiri.
Tak lama
kemudian, pintu rumah kami diketuk. Rupa-rupanya jiran sebelah. Beliau
bertanya kenapa anak saya menangis sebegitu rupa. Dia dengar dah lama
menangis tak berhenti-henti. Saya katakan sekian sekian. Dia bertanya
adakah dia diapa-apakan (kena pukul etc). Saya katakan tidak. Dia kata,
anak tak sepatutnya menangis sebegitu rupa dan beberapa ayat yang
mengancam (walaupun tidak secara direct). Pada ketika itu, Sumaiyyah
sudah berhenti menangis dan berada di sisi saya.
Setelah pasti bahawa Sumaiyyah berada dalam keadaan baik, dia pun berlalu.
Saya dengan jiran itu kenal mengenal antara satu sama lain sebelum ini
dan walaupun tak banyak masa bersembang tetapi bolehlah kata hubungan
baik.
Tapi dalam hal ini, tiada kompromi. Jika ada syak bahawa anak diapa-apakan, tanpa banyak soal mereka akan siasat sendiri.
Moralnya… apabila kita dengar antara jiran2 kita, seperti anak kena
dera dan sebagainya; janganlah buat tak tahu. Kalau tak berani nak tegur
sendiri, telefon polis supaya mereka yang datang dan tanya. Jangan jaga
tepi kain orang ni kena pakai dengan bijak bukan dalam semua hal.
JANGANLAH HEBAT MENGHUKUM SAJA BRADER/SISTA!!!
Take note, rumah sewa kami di Australia masa itu adalah banglo. Boleh
faham tak? Rumah banglo, sudah tentu suara tangisan pun tak berapa nak
dengar – sayup. Tapi macam tu pun mereka prihatin dan ambil kisah.
Inikan lagi kita yang duduk dalam rumah bersambung struktur.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.