Musik

Kesimpulan lawatan ke USA Nov-Dec 2012

Siri melancong akan disambung bila ada kesempatan lain.

Saya telah selesai menjelajah USA dari 25/11 (bertolak dari KLIA) hingga 8/12 (touchdown KLIA). Intisari program saya ada seperti berikut:

25/11/12 – bertolak dari KLIA menggunakan Qatar Airways. Transit di Doha.
25/11/12 – sampai di Houston, Texas. Rehat. (sila perhatikan perjalanan lawan arah jam, maka sampai pada tarikh yang sama).
26/11/12 – meeting bersama sebuah syarikat di Houston dibatalkan sebab yang mahu dijumpa berada di Australia. Maka hari ini jadi hari berjalan-jalan secara solo.
27/11/12 – menghadiri presentation akhir pelajar UTP yang membuat latihan industri di Anadarko Oil.
28/11/12 – bertolak ke Jacksonville, Florida.
29/11/12 – menghadiri presentation akhir pelajar UTP yang membuat latihan industri di University of North Florida  (UNF).
30/11/12 – bertolak ke Bethlehem, Pennsylvania.
1/12/12 – Sabtu. Rehat. Plan untuk merayau ke New York tidak kesampaian kerana kurang sihat.
2/12/12 – Ahad. Rehat lagi kerana kurang sihat.
3/12/12 – Perjumpaan dengan colleague di Lehigh University dibatalkan disebabkan beliau ada engagement emergency.
4/12/12 – presentation kepada pelajar Lehigh University yang berminat untuk ke UTP dalam siri summer internship program. Tahun lepas 4 pelajar turut serta. Kali ini target 6 pelajar.
5/12/12 – ke Princeton University, New Jersey untuk mencari peluang mendapatkan pelajar Princeton buat internship program ke UTP. Nampak ada peluang cerah. Ini sesuatu yang sangat baik kerana ranking Princeton adalah no 6 di dunia!
6/12/12 – bertolak ke Malaysia melalui JFK Airport, New York.
7/12/12 – masih dalam perjalanan.
8/12/12 – touchdown KLIA

Nota
– pelajar UTP yang buat praktikal di Anadarko Oil diberi gaji jurutera dan dalam US$.
– pelajar UTP yang buat praktikal di UNF berjaya menulis 1 conference paper dan 1 journal paper. Semuanya dalam masa 6 bulan!
– insyaAllah akan mendapat 6 pelajar Lehigh University untuk rangka summer internship program di UTP pada akhir May 2013.
– insyaAllah akan mendapat 2 pelajar Princeton University untuk rangka summer internship program di UTP pada awal Jun 2013.
– kemungkinan juga akan mendapat 2-3 students dari UNF summer internship program di UTP pada akhir May 2013. Juga kemungkinan MoU bersama UNF.

Kesimpulan, I am happy and the boss who sent me to USA is also happy. Looks like US travel this time is not going to be the last one. Moral of the story – do it properly if you are given the opportunity.

And of course, I got to buy a new guitar from this stint…


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top