Hidup di Bethlehem

Khas untuk wife: Jalan kaki dari apartment ke makmal

 Pintu rumah
 Buka pintu terus nampak jalan. Boleh tahan sibuk jalan ni.
 Pintu rumah dari luar.
 Mula berjalan menyusuri Wyandotte Street. Perhatikan cerun yang curam.

 Jalan turun bukit lagi.

 Apartment disepanjang jalan.
 Lagi jalan.
 OK, selepas jalan 3 minit turun, pusing kanan ke Summit Drive.

 Menyusuri Summit Drive.
 Menara bangunan Lehigh University sudah kelihatan.
 Seberang sana adalah kawasan kampus Lehigh University. Kalau ada signage crossing atau stop, SEMUA kenderaan akan berhenti samada ADA atau TIADA orang yang melintas. Yang kelakarnya, katalah ada 5 kereta yang berhenti, maka selepas kereta paling depan jalan, kereta dibelakangnya akan berhenti pada lintasan, kemudian jalan diikuti kereta yang dibelakangya. Maksudnya, setiap kereta yang lima itu kena berhenti-jalan-berhenti-jalan.

 Rumput yang menggeramkan hati. Rasa nak berguling di atasnya.
 Tupai di sini berbeza dengan di Malaysia kerana rajin turun ke tanah mencari makanan. Dapat difahami perasaan tupai ini kerana hendak melompat dari pokok ke pokok, antara satu dengan yang lain tidak rapat-rapat macam di Malaysia. Tapi spesis di sini saiznya mungkin 1.5 lebih besar dari yang ada di Malaysia.
 Lagi sekor.
 Menghala ke makmal.

Inilah makmalnya. Tetapi ini bukan ofis utama. Yang utama nanti akan dilaporkan di masa hadapan.
Perjalanan dari apartment ke Fritz Laboratory mengambil masa lebih kurang 15-20 minit jalan kaki sejauh 1km. Oleh kerana itu adalah dijangkakan dalam masa 3 bulan, berat badan akan turun.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

To Top