Books

KOLEKSI EBOOK – PENULIS TEMPATAN

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ika ada banyak nak share dengan kalian semua mengenai buku. Tapi, ika nak slowdown sedikit supaya kalian tidak bosan dengan entry entry ika. Tapi, sebenarnya blog ika ini memang main focusnya adalah book review & book sharing. Lifestyle, movie review dan sebagainya adalah tambahan untuk ika improve diri ika dari semasa ke semasa untuk tidak stick kepada satu benda saja iaitu buku. Ika juga nak share dengan semua mengenai benda-benda lain. Doakan ika supaya idea menulis mencurah-curah dan ada content yang menarik selain buku 🙂


Let’s proceed. 



Bulan Ogos ni, rezeki dapat ebook dari penulis tempatan yang masih fresh dalam industri buku. Kebetulan sangat, ika memang tengah terbuka hati untuk membaca karya penulis baru. Nak ubah mindset ika terhadap novel cinta. Adakah masih sama storyline nya dengan 10 tahun lepas? . Ika sentiasa mengharapkan ada perubahan dalam kisah-kisah cinta sekurang-kurangnya sedikit. Kelainan itu kena ada untuk memberi satu vibes baru dalam diri pembaca. 


Tak sangka juga sebenarnya bila dibelek-belek phone, rupanya ada 9 buah ebook yang ika dapat plus 1 ebook memang dapat percume (Exclusively Mine).Alhamdulillah. Terimakasih banyak-banyak kepada penulis-penulis sekalian kerana bermurah hati berikan kepada ika dan beri ika peluang untuk mengulas ebook kalian. All the best in future tau. 

Ada yang ika dah baca dan review dalam blog. Ika sertakan link ya so that korang boleh go through untuk baca ebook yang sudah direview. InshaAllah more to come. 


EXCLUSIVELY MINE // HANNAZ
DUDA BUAT JASMIN // BELLA H
DUDA BUAT SAFEERA // AYESHAH AMANI
DIA ADAM HUZAIR // AYESHAH AMANI



Mengikut peredaran masa, ika juga merasakan percubaan penulis publish ebook adalah satu langkah yang baik. Mungkin ada baiknya ebook kalau difikirkan. Ada juga buruknya. Baiknya, bagi ika bila ika malas nak pegang physical book atau bawak ke mana mana. Ika suka baca dekat phone 🙂

Ada banyak lagi ebook penulis tempatan yang ika masih tidak baca. Nanti, ada rezeki ika akan dapatkan dan baca . Kalau ada antara penulis yg ingin berikan ebook atau buku untuk ika baca dan review boleh dm atau email ika :- 

Email: sicashoid@gmail.com 
IG: www.instagram.com/sicashoid



, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top