
Peluang kepada peminat IRON MAIDEN tanahair! Kumpul duit dari sekarang. Selain itu khabar angin juga sedang melanda di forum official IRON MAIDEN bahawa show di Singapura juga MUNGKIN akan berlangsung!
JAKARTA 18 Okt. – Kumpulan rock heavy metal terkenal, Iron Maiden akan mengadakan konsert di Jakarta dan Bali pada Februari 2011, kata penganjur.
Jurucakap Original Production, Tommy Pratama berkata, konsert di Jakarta dirancang sama ada pada 17 atau 18 Februari tahun depan, manakala di Bali pula, tarikh yang dicadangkan adalah pada 19 atau 18 Februari tahun depan.
“Mereka (Iron Maiden) telah bersetuju untuk mengadakan konsert di sini,” katanya seperti yang dipetik oleh portal berita tempatan, tempointeraktif.com.
Iron Maiden ditubuhkan sebagai sebuah kumpulan muzik pada 1975 di Britain.
Sementara itu, pengurus kumpulan Iron Maiden, Rod Smallwood memberitahu akhbar The New York Times, album terbaru kumpulan itu, The Final Frontier berjaya dijual sebanyak 800,000 salinan di seluruh dunia setakat hujung Ogos lalu.
Penjualan keseluruhan album kumpulan itu sejak 30 tahun terlibat dalam dunia muzik kini berjumlah 85 juta salinan.
“Kumpulan muzik rock yang lain perlu banyak belajar daripada Iron Maiden. Mereka sangat mementingkan hubungan dengan peminat dan setiap kali mengadakan persembahan, mereka hanya mahu melakukan yang terbaik untuk peminat, bukannya untuk mengejar populariti,” kata Smallwood.
Ketua Pegawai Operasi EMI di Eropah, David Kassler pula berkata, album The Final Frontier merupakan yang paling sedikit dimuat turun secara haram di Internet.
“Anda mungkin menjangkakan ramai yang mahu memuat turun lagu Iron Maiden secara haram di Internet tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Ini kerana mereka menghargai hasil seni Iron Maiden dan mahu memiliki album asli kumpulan itu untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka,” katanya. – AGENSI
SUMBER

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.