CD dari 3 tinggal 0. SOLD OUT!!!
VCD dari 6 tinggal 3.
Stok terhad. Siapa cepat dia dapat…
———————————————-
Gua ada beberapa copy album LANGSUYR yang pertama Asyik. Ada belen 3 keping. So gua ingat sapa-sapa yang nak, boleh beli dengan gua ah.


Ada juga yang komplen tak jumpa kat kedai. Berita baik. Lu boleh jumpa kat rumah gua, kat Australia ni hehehe…
So harganya:
RM35 (termasuk setem pos dari Australia) – masuk dalam akaun CIMB gua.
AUD$15 (kalau ada mamat kat Australia yang minat le) – by hand je la jumpa kat Swinging Bowl.

So cepat-cepat. Gua rasa memang dah not in stock CD ni. Kat kedai pun takde. Yang ada, mungkin versi cetak rompak. Dulu ada laporan, CD ni dicetak rompak sekali dengan album MAY. Dasat tu.
Kalau perlu, gua boleh autograph sekali. Autograph gua? Ye la, kan ke gua gitaris band ni adeh…
Sedikit informasi tentang album ni…
- Dirilis pada tahun 2006. Beberapa bulan sebelum gua fly ke Australia ni.
- Direkod di studio 101 Studio (OAG and The Times pun rakam kat sini tak salah gua)
- Sesi rakaman 7 hari versi bajet tapi result bagus!
- Label yang merilisnya Clockwork Record (sebumbung dengan The Times, Gerhana Ska Cinta etc).
- Artis undangan dalam album ni, gitaris solo CDNaz dan Radhio OAG.
- Dalam poll tahun 2006 ROTTW, album ni dapat no 2 untuk best album of the year (kalah kat SEARCH Gothik Malam Edan). Kalau kalahkan SEARCH, memang tak patut hehehe… Best album ROTTW bulan August 2006 tak salah gua.
- Album Death Metal versi nusantara. Suara huarggh huarggghh tapi lirik Melayu 100%. Dan banyak selit melodi kemelayuan. Kalau ada dalam ni lirik puja setan, sila inform gua.

ALSO ABELABEL!!!
VCD LANGSUYR Live At Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Rakaman dibuat sempena album launching Asyik dulu. Diselit juga video klip sensasi SUNUT. Gila masa rakaman video klip Sunut tu… sehari suntuk, patah pinggang. Video crew semua Cina tak salah gua crew rakaman Pendekar kung fu tu. Nasib baik takde special effect gua flying kick hahaha…
Durasi hampir sejam. Ada belen 6 keping.
So harganya:
RM30 (termasuk setem pos dari Australia) – masuk dalam akaun CIMB gua.
AUD$10 (kalau ada mamat kat Australia yang minat le) – by hand je la jumpa kat Swinging Bowl.

Kalau lu nak beli sekali bundle 2 sekali, gua bagi harga cincai je la. Semak dah bilik gua ni. Mana gua nak letak CD IRON MAIDEN gua yang semakin bertambah ni (riak Maidenwi). Nak bagi free, tak sampai hati pulak hahhaha…
OK, first come first serve!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






