
Tarikhnya 14-17 Oktober 2010. So masih ada peluang untuk datang.
Malam semalam sempat bersembang dengan seorang staff UTP. Dia kata, sambutan kali ini antara yang terbesar pernah diadakan di UTP.
No wonder malam tu aku buat kuliah ganti jam 8pm cuma 16 orang pelajar je yang hadir dari 70 orang! Terpaksa re-schedule pada hari yang lain. Final 2 chapters yang kritikal dan akan dibawa/diguna sampai jadi jurutera. Jadi aku mengharapkan kehadiran 80%.
Pesta konvo UTP ni adalah event komuniti penduduk Daerah Perak Tengah. Aku rasa UiTM Seri Iskandar pun takde buat konvo. Jadi, event macam ini memang dinanti-nantikan masyarakat setempat.
Kehadiran orang ramai membuktikan ini.
Petang tadi sempat bawa family. Kami luangkan masa dari 6pm sampai 10pm. Solat maghrib dan Isya di masjid UTP yang berhawa dingin dan lawa tu. No problemo.
Hajat di hati nak tunggang kuda, tetapi 6pm dah tutup. Kuda nak rehat. Kuda-kuda telah mula bekerja sejak 9am lagi. Kesian tu.
Jadi kami ronda-ronda sekitar tapak pesta. Agak luas. Mungkin menghampiri 100 booth dengan pelbagai tema.
Gambar pun banyak, so aku pecahkan kepada beberapa bahagian le ye? Ini kira Part 1.















, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.