Dari downtown saya mengambil bas nombor 249 dengan tiket $2. Perjalanan mengambil masa 1 jam 10 minit. Bukan jauh sangat tetapi biasalah bas tambang banyak stop.
Houston adalah bandar yang luas kawasannya. Freeway (highway tanpa tol) adalah 4 lanes. Kelajuan adalah maksimum. Kalah Malaysia. Tapi mereka memandu dengan berhemah.
Gambar sepanjang perjalanan bas sekitar downtown





Perhatikan kabus menutupi bangunan tinggi. Dikhabarkan bahawa “fog” melanda sekitar Texas. Dan kemungkinan ada jerebu juga. Nampaknya Malaysia tidak keseorangan dengan masalah ini.
Akhirnya sampai juga ke Space Center Houston.

Setelah sampai di sini dan mengikuti taklimat, barulah saya sedar betapa pentingnya space exploration. Untuk itu juga saya faham kenapa Syeikh Muzaffar sangat bertuah. Dalam banyak-banyak negara di dunia ini lebih kurang 10 negara je yang ambil peduli tentang eksplorasi ini. Sebelum ini saya fikir, buang masa je. Walhal, ke angkasa bukan sekadar mencipta rekod tetapi untuk kemajuan tamadun manusia.
Space exploration adalah salah satu koloborasi antara negara yang tidak mengambil kira pegangan politik ataupun apa-apa. Koloborasi ini telah berlaku puluhan tahun lalu semenjak zaman perang dingin US-Russia lagi. Kenapa sampai begitu sekali sedangkan secara politik mereka adalah musuh? Mereka bekerjasama dalam hal ini KERANA ianya amat penting untuk kemajuan sains dan teknologi.
Walaupun negara kita adalah jauh terlampau jauh untuk berkongsi dengan negara-negara ini dalam eksplorasi angkasa, tapi mana tau satu hari kita akan cecah juga.
More photos in next entry.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.