
Long-term effect adalah satu bidang kajian sains yang selalu dibuat oleh saintis. Saya sendiri terlibat dalam kajian saintifik berkaitan dengan long-term effect. Biar saya jelaskan.
Ada satu produk GFRP yang mahu diperkenalkan kepada industry oil & gas. Ia adalah untuk menggantikan keluli (steel) yang banyak bagi masalah kepada struktur luar pantai antaranya; mahal, senang karat dan berat. Sedangkan GFRP adalah murah (relatif kepada penggunaan jangka masa panjang), tidak berkarat dan ringan.
Dengan lain perkataan, ia adalah heaven-sent!
Sebelum ia digunakan untuk industry luar pantai (offshore), beberapa ujian standard perlu dilakukan. Antaranya ujian kepada api, ujian kimia, ujian asap toksik dan banyak lagi (yang berkait dengan keadaan sebenar penggunaan GFRP di luar pantai). Dan kebanyakannya, GFRP lepas, tiada masalah.
Masalah timbul kerana sampel GFRP yang digunakan untuk ujian adalah sampel baru. Segar dari kilang. Dari kilang terus dihantar ke makmal ujian. Dan ujian standard ini dibuat satu persatu kepada sampel yang segar.
![]() |
GFRP grating |
Contohnya, untuk ujian api satu sampel GFRP dibakar dan keputusan ujian diambil dan dianalisis. Keputusan ujian dibuat, lepas. Sampel dibuang.
Untuk ujian kimia, satu sampel GFRP yang lain diuji dengan bahan kimia dan keputusan ujian diambil dan dianalisis. Keputusan ujian dibuat, lepas. Sampel dibuang.
Dan seterusnya.
Dengan lain perkataan, setiap sampel diuji, diambil keputusan dan dibuang. Keputusan ujian memberansangkan, GFRP boleh digunakan untuk industri luar pantai!
Maka, GFRP pun digunakan. Tapi apabila beberapa lama digunakan, ternyata banyak GFRP yang deteriorate (rosak).
Kenapa?
Sebabnya, di luar pantai, “ujian” sebenarnya adalah apabila semua ujian-ujian yang dibuat di dalam makmal itu berlaku serentak. Dan apabila efek dari environment itu berlaku serentak, kelakuan (behavior) GFRP pun berubah.
Maka ujian yang lebih tepat perlu dilakukan untuk menggabungkan semua efek environmental itu (bersama dengan ujian loading etc) supaya dapat simulate keadaan environment sebenar. Dan juga ambil kira yang GFRP itu akan digunakan selama 20-30 tahun di luar pantai.
Dengan lain perkataan, keadaan sebenar penggunaan GFRP untuk 20-30 tahun tidak dapat diketahui melainkan kita tunggu 20-30 tahun. Namun ada beberapa cara untuk ujian 20-30 tahun itu dapat dilakukan dengan cepat (accelerated aging). Contohnya, satu bulan accelerated aging bersamaan dengan 2 tahun keadaan sebenar. Jadi, 20-30 tahun dapat dipercepatkan kepada 10-15 bulan eksperimen dalam lab.
Nampak mudah? Tidak. Ujian dilakukan lagi dan lagi, dengan ulangan supaya keputusan yang dapat boleh dipercayai. Dan jenis ujian yang dibuat bukan satu, tapi banyak, mengambil kira semua efek environment yang mungkin ada di luar pantai.
Jadi sebenarnya, bila kita boleh yakin dengan keputusan itu? Jawabnya, tak tau. Ia bergantung kepada mana cepat dan banyak mana detail yang boleh didapati. Sehinggalah MAJORITI penyelidik yang menyelidik benda yang sama, bersetuju dengan keputusan kajian.
Setakat, satu dua penyelidik kata OK, itu tidak cukup untuk menjadikan hujah. Perlukan majority consensus. Ini mungkin mengambil masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun atau lebih.
Apabila kita tahu apakah behavior sebenar GFRP di luar pantai, maka kita dapat tuliskan guideline penggunaannya. Dan engineer yang akhirnya menggunakan GFRP tahu cara penggunaan yang betul dan apa pantang larangnya.
OK sekarang kita tengok pada vape. Sebelum saya ulas, eloklah saya declare dulu bahawa saya tidak merokok dan tidak juga vape. Ulasan saya adalah saintifik seperti saya ulas untuk kajian GFRP di atas.
Objektif penggunaan vape adalah untuk menggantikan rokok dan lama-kelamaan perokok akan tidak merokok dan tidak vape. Vape bukan wujud untuk menggantikan rokok selama-lamanya. Dan vape bukan diwujudkan untuk pengguna yang tidak merokok. Objektif vape, saya ulang, adalah untuk menggantikan rokok dan lama-kelamaan perokok akan tidak merokok dan tidak vape.

Kerisauan utama adalah vape adalah benda baru dan tidak cukup data untuk lihat kesan jangka masa panjang (long-term effect). Untuk mengetahui kesan jangka masa panjang, ada dua cara seperti GFRP. Gunakan ia untuk 5-10 tahun atau buat eksperimen dalam lab.
Saya rumuskan kerisauan ini dengan quotation di bawah
rujukan : http://www.bu.edu/research/articles/behind-the-vapor/
Nampak tak persamaan dari segi factor long-term effect antara GFRP dan vape ni? Nobody is sure, at least kepada scientific community. Yang cepat jump to conclusion adalah mereka yang ada kaitan secara langsung dengan rokok dan vape. Masing-masing mahu menangkan pihak masing-masing.
Seperti GFRP, di mana pengguna GFRP mengetahui efek sebenar tapi sudah terlambat (GFRP yang digunakan rosak, terpaksa diganti yang kosnya jutaan RM), begitu juga dengan penggunaan vape. Apabila efek kesan jangka masa panjang tiba-tiba didapati memudaratkan, apa nak dikata kepada pengguna vape yang terkesan dengannya? It is too late.
Itulah kerisauannya yang saya mahu simpulkan juga dari temuramah tadi;
Sekian.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.