
Updated 3:23pm
Saya berulang-ulang katakan kepada anda bahawa Jeff Hanneman adalah ingredients utama dalam SLAYER. Tanpa beliau, maka tiadalah lagu-lagu taraf kvlt berikut:
Die by the Sword
Angel Of Death
Post Mortem/Raining Blood
South of Heaven
Mandatory Suicide
Spill the Blood
War Ensemble
Dead Skin Mask
Anda perhatikan setlist Soundwave 2013 di Australia baru-baru ini

Berapa lagu Kerry King dok ada?
Tapi saya tak kata la SLAYER tutup buku. Cuma kita memberikan fakta. Sekarang Kerry King kena buktikan dia pun boleh la bawak SLAYER tanpa Jeff Hanneman, yang merupakan tulang belakang dalam ciptaan lagu-lagu berkaliber. Kerry King memang banyak sumbangannya, tidak la saya menafikannya. Tapi apa la gunanya kalau benda paling penting (kualiti lagu) dia tak boleh buat (atau malas nak buat).
Tu pasal la walaupun SLAYER ramai peminatnya, tak kurang ramai juga yang kritik pada Kerry King. Macam-macam tuduhan dok kena kat dia. Tak kisah la. Apa yang penting, beliau kena buktikan juga yang “Saya pun boleh buat!”
Baru la SLAYER akan direspek seperti sediakala. Kita bagi masa la kan. Bagi 5 tahun lagi ke. Atau tunggu sampai album baru keluar tanpa Jeff ka. Buat masa ni kita acah-acah dulu kat dia, bagi pressure sikit. Tour tu kasi kensel dulu la kot. Takde siapa nak tengok SLAYER sekarang ni. Dah la Jeff meninggal, Tom pun takde, Dave pun takde! Apa cerita woi!
Saya berharap Kerry King stop dulu buat tour tu dan kasi bikin album la. Last album pun tahun 2009. Dah 4 tahun ni. Takkan nak tunggu 10 tahun nak rilis album baru woi!!! Susah-susah sangat, kau jemput la Abang Mus buat 3-4 lagu kalau kau dah takde idea sangat. Dulu kan kau main dengan Megadeth kejap, kan?
Kalau dah tak ada daya, baru la TUTUP BUKU. Tak payah la dijaja nama SLAYER tu kalau tinggal kau dan Tom (yang boneka, saya rasa). Buat le band lain, nama REYALS ke. Ala macam satu band tu pakai nama terbalik, RIUSGNAL.
Related post (SLAYER) KAT SINI.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.