Majalah

METAL HAMMER Thrash Metal special issue

Zaman thrash? Tu masa start aku darjah 6 first time aku dengar METALLICA Master Of Puppets. Kaset sorang senior dok kat kuarters balai polis dulu tahun 1987. Aku pinjam kaset tu 6 bulan! Boleh kata selang 3-4 hari dia mintak balik aku bagi alasan macam-macam. Itu la namanya pinjaman sampai lunyai.

Oh ye, zaman tu kaset pirate berleluasa. Bukan tak nak beli original. Memang takde!

Cover cenggini display kat newstand, mana boleh tahan beb. Striking habis. Terus ambil bayar kat kaunter.

Intro oleh Scott Ian (Anthrax). Mamat ni memang gua minat habis dulu. Beli VHS Speedy apa ke tajuk video (takde register pun kat wikipedia). Tapi video tu zaman Among The Living. Feveret moments dalam video tu, I’m The Man (datuk kepada Limp Bizkit – Metal campur rap/hiphop), Caught In A Mosh, Gung-Ho, Metal Thrashing Mad… Terus jadi trend gua pakai seluar half-cut bermuda masa tu. Gara-gara mamat ni la. Oh ye, sekitar tahun 89-90 (gua Form 1).

METALLICA memang influens habis kat member2 gua kat St Michael. Beberapa band telah ditubuhkan oleh budak-budak Form 3-5 masa tu. Main dasat! Setakat lagu Master Of Puppets tu memang khatam depa cover! Respek habis… la ni thrash lagi ke tak tau… Ada juga jumpa dah beranak pinak tapi sekali-sekala jamming gak kat studio hehehe….

Lars ni sebelum manusia jumpa drummer hebat-hebat macam Portnoy, Hoglan, Mikkey Dee etc… kira dia ni la paling kencang. Sekarang, malang manjang kena kutuk je sebab drumming dia mati takat tu je. Tak berkembang. Tapi influens dia memang kuat ah masa tu. Semua nak jadi Lars.

Gua dulu masa Form 2 buat band dengan classmates, (2 melayu, sorang India sorang Cina), konon gua nak jadi Hetfield la gitar/vokal. Tapi angan-angan melampaui kemampuan hehehe… Nama band gua? First band tu… SAUCY IMBECILES INC. (ambil sempena D.R.I.).

Dulu tak berapa hooked dengan MEGADETH. Mungkin sebab thrash style Abang Mus masa tu raw dan progresif. Gua dengan So Far, So Good, So What zaman tu entah la… best pun best, pelik pun pelik… tapi majoriti zaman tu kat Ipoh tak berapa into Megadeth.
Malang jugak kisah Abang Mus ni kena tendang keluar dari Metallica. Tapi kalau dia tak kena tendang, takde la Megadeth. Sudah rugi satu band tu. Zaman tu budak-budak lagi depa ni. Tak cecah 18 pun. So boleh imagine la… nak femes lagi, nak rekod album lagi, nak gig lagi… macam-macam hal.

Macam gua kata, zaman ni Megadeth tak berapa popular kat geng-geng gua. So album yang best ni pun overlooked la. Padahal memang best pun album nih.

Keratan gambar sekitar zaman thrash dulu-dulu…

Keratan gambar sekitar zaman thrash dulu-dulu… more

And more…

Cliff Burton! Sape yang main bass zaman tu semua nak jadi Burton. Kat Ipoh ada sorang brother ni, dah la iras-iras macam Burton; rambut, gaya pakai, lagak semua sebijik. Dia main dengan satu band cover Metallica, REDSHIP. Nama dia? Bali Burton. Last sekali jumpa a few years back kat Ampang, dia jaga studio jamming (tak salah XCess Studio, Ampang) tengah line up satu band Metal Melayu ala-ala XPDC camtu ah…

Sempat tengok video Cliff Em All masa ni. Memang best walaupun majoriti footage ambil dari fans juga jadi memang style bootleg la. Paling best, masa diorang perform For Whom The Bell Tolls kat mana ntah, open air dan waktu siang. Kamera fokus kat Burton. Lagak Burton main bass sambil tease dengan jari-jemasi beliau tu jadi ikutan cover band Metallica yang banyak dok ada kat Ipoh dulu.

Top 10 thrash metal albums ikut rating Metal Hammer. Gua tak setuju Death Angel kat situ. Patut letak Voivod atau Destruction kat situ. Forbidden pun macam tak sesuai. Testament gua prefer The New Order. Kreator gua prefer Extreme Aggression.

Top 3. Tepat dan puashati!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top