
Baca buku Enter Night masuk bab kematian Cliff.
James, Lars dan Kirk semua trauma. Untuk hilangkan kesedihan mereka mabuk-mabuk. Kirk sampai lari keluar hotel tengah mabuk tu sambil jerit, “Cliff! Cliff! Where are you?”
Apapun, mengekor jejak langkah AC/DC yang kematian Bon Scott ketika nama dah naik di US dengan album Highway To Hell, mereka tak buang masa, ambil Brian Johnson dan beberapa bulan selepasnya merilis Back In Black yang lantas menjadi album paling laku dalam sejarah rock.
Anyway, apa ceritanya kalau Cliff masih hidup? Buku ini menjelaskan:
1. Walaupun Metallica adalah Lars dan James tetapi mereka masih memerlukan pengiktirafan dari Cliff. Dengan lain perkataan, Cliff memegang kata putus. Cliff, sifatnya ialah terbuka. Do what you want and don’t bother for others. Berlawanan dengan prinsip industri muzik yang mementingkan sales.
2. Lars pula lebih jelas hala tujunya. Dia tau apa yang dia nak. Kalau dia kata dia nak jualan 5 juta unit album, maka dia akan plan menurut jalan itu. Jika perlu mengorbankan sesuatu, dia akan korbankan. Ini bercanggah dengan prinsip Cliff sedangkan Cliff ketika itu dianggap sebagai wiseman dalam Metallica.
3. Cliff dari segi muziknya, mempunyai background yang kuat. Beliau belajar teori muzik, boleh membaca note muzik dan mempunyai citarasa yang luas – diehard R.E.M., Lynyrd Skynyrd, ZZ Tops etc dan ini diterjemahkan ke dalam gaya permainan bass beliau yang langsung mempengaruhi lagu-lagu Metallica. Sedangkan Lars dan James begitu one-dimensional. Kita pun dah nampak – selepas Master Of Puppets (dan ..And Justice For All yang masih ada vibe Cliff), Metallica jatuh kepada one-dimensional – dari segi permainan muzik.
Interesting… (point 3 aku tambah sikit-sikit). Maksudnya, sukses Metallica hari ini mungkin tak jadi sukses andai Cliff masih hidup. Silap-silap terus jatuh.
p/s: Korang tau? Spekulasi kuat sebelum kematian Cliff, beliau dan James ada plan nak tendang Lars sebab Lars dilihat sebagai penghalang kepada perkembangan muzik Metallica… hahaha… (as written in the book – diakui sendiri oleh beberapa saksi antaranya Scott Ian, Malcolm Dome dan sebagainya).

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.