Komentari Metal

METALLICA Enter Night: Jason Newsted Part 2

Kesinambungan dari kisah Jason Newsted yang lepas.

Hanya 5 minggu lepas kematian Cliff Burton, Metallica perlu ke Jepun bersama Jason Newsted. Masalahnya, mereka bertiga masih muda. Baru nak mengecap erti kehidupan. Kematian Cliff, belum habis sedihnya. Ditambah dengan abuse atas alkohol dan dadah, menambahkan lagi keperitan emosi. Dari luar nampak gahnya tetapi dalaman hancus.

Kesedihan, keperitan dan ketidakpercayaan terhadap kematian Cliff itu dibalas kepada Jason. Hanya beberapa hari selepas masuknya Jason secara rasmi, Lars mula berkata kepada pengurus Metallica untuk membuang Jason. Sudah tentu tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan, “Look… you have your bass player, get on with it!”

Jason pula mendapati sukar untuk beliau memasuki kelab ‘elit’ Metallica (Lars, James dan Kirk). Selalunya selepas show, mereka bertiga secara sengaja meninggalkan Jason terkontang-kanting di venue, tidak tau buat apa selepas itu.

Jason Newsted mula dikenali sebagai Jason Newkid.

Masalah utama Jason ialah beliau seorang peminat Metallica. Seorang yang menyanjungi Metallica. Walaupun dia seorang pemuzik tetapi secara realitinya beliau adalah seorang PEMINAT. Level beliau didalam Metallica tidak sama dengan yang lainnya, kerana beliau adalah peminat. Metallica tidak meminati Metallica, mereka berkuasa atas Metallica – sesuatu yang tidak pernah dikecapi oleh Jason hinggalah ke akhir hayat beliau di dalam Metallica. Sebab itu, beliau dilayan seperti seorang peminat oleh mereka bertiga. Jason hanya diperlukan apabila diperlukan contohnya dalam sesi foto dan show. Selepas dari itu, sebagai seorang peminat, beliau tidak diperlukan kerana peminat biasanya merimaskan band yang meningkat naik seperti Metallica ketika itu.

Sifat buli Metallica terhadap Jason berjangkit pula kepada crew. Crew Metallica sendiri melayan Jason seperti bukan ahli Metallica. Bilik Jason selalu dipunggah. Parti, huru hara dan kecoh semuanya dilakukan di dalam bilik hotel Jason. Tiga bulan pertama, Jason menghadapi masalah tidur yang teruk kerana biliknya selalu diterjah.

Apa reaksi Jason ketika mendapat layanan sebegitu. Sabar… kerana beliau merasakan dapat masuk Metallica pun dah syukur sangat!

Semasa rakaman ..And Justice For All, beliau disisih terus dari rakaman. Dalam satu temuramah selepas rakaman album tersebut, James bertanya kepada Lars apabila pemberita membuat komen tentang ketiadaan bunyi bass dalam album tersebut, “When do you think if a bass sounds too loud?”, dengan gelak ketawa Lars menjawab, “When you can hear the bass!”.

Hanya selepas rakaman Reload sahaja Jason baru terjumpa dengan keyakinan diri. Dalam 4 album yang mana Jason bersama Metallica, berapa lagu yang beliau memberi sumbangan? Antara 4-5 lagu saja dan semuanya lagu yang hampeh! Selepas Reload, Jason mula mengasingkan diri, yang akhirnya beliau keluar dengan rasmi sebelum rakaman St Anger.

Keluarnya Jason dari Metallica, agak mengejutkan juga impaknya. Metallica seperti digoncang badan untuk bangun. Wake Up! JASON DAH KELUAR! KORANG NAK BUAT APA SEKARANG?

James, Lars dan Kirk terdiam. Titik-titik penyesalan mula timbul tetapi cepat-cepat disembunyikan dari luar. Kami adalah Metallica wehhhh… mana boleh sedih-sedih ni. Menyesal? Kah kah kah… takde pasal.

Rakaman Some Kind Of Monster memburaikan segala-galanya, termasuklah hal Jason…

bersambung… (rasa malas dah nak sambung ni)


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top