Berita

METALLICA: New Album Title Revealed!

Anak yang bongsu, semoga Allah memberkati dia, meragam disebabkan tak sihat badan. Tidak mahu diletak, sentiasa mahu didakap. Pengalaman kami, dia la yang paling manja.

Cuaca hari ni lebih baik dari semalam. Matahari gah menyinarkan sinarnya. Boleh la pakaian yang disidai kering. Untuk keluarga besar macam kami, we do laundry everyday, out from a 7kg front loader washer machine. Kalau tak kering hari ni, esok dah kena tambah load baru. Bertambah day by day. Sinar mentari adalah rahmat bagi kami.

Sebut pasal LOAD, ada maksud lain berkaitan dengan LOAD. Album METALLICA yang aku gelarkan sebagai country Metal. Itulah LOAD dan kembarnya RELOAD. Ramai yang keciwa dengan album-album ini. Malah lebih ramai yang keciwa apabila rilisnya album St. Anger. Pendapat aku? Aku tak ambil peduli. Ketika itu, banyak lagi band dan album yang boleh aku beri perhatian. Metallica? I don’t care.

Tetapi minatku kembali setelah menonton DVD mereka, Some Kind Of Monster. Then aku sedar, mereka juga manusia biasa. Yang terkesan dengan populariti, ego dan punya perasaan. I realize then, when you are at the top, the pressure is overwhelming. To prove. Apatah lagi the last few albums, mereka telah dikritik hebat.

Bacaanku dalam Classic Rock, yang menyelitkan temuramah Mick Wall bersama Lars Ulrich, ketika pembikinan album “The Black Album” bersama produser mega, Bob Rock juga menunjukkan konflik dalaman Lars, yang ketika itu sudah mula dihujani dengan dollar dan populariti disanjung manusia. Mick menulis; “Lars sudah berubah. Dulu apabila datang ke tempatku, dia akan singgah ke apartmenku. Sekarang dia datang (ke UK) untuk membeli lukisan-lukisan mahal untuk disimpan menjadi koleksi.” Obviously, tambah Mick, Lars sekarang (Februari 1991) bukanlah Lars yang dikenali sebelumnya.

Now, a new album is in the making. Dan pagi tadi, melayari internet; kebetulan RSS feed di blog Krenmaut ada berita terbaru blabbermouth.net,dan beritanya Metallica telah announce tajuk album mereka yang terbaru.

Death Magnetic.
(cover album? tak pasti… Nampak menarik)

Hmmm… agak catchy. Macam album seminal mereka Kill ‘Em All dan Master Of Puppets. Catchy juga seperti tajuk St. Anger. Persoalannya bukan tajuk yang catchy (walaupun ia membantu), tetapi yang lebih penting, contentnya.

Kepada mereka yang telah mengekori berita tentang album terbaru Metallica, pasti ingat yang mereka telah membuat sesi pradengar kepada wakil media rock/Metal antarabangsa; beberapa lagu yang belum diproses. Wakil-wakil media telah membuat ulasan. Majoritinya kata ianya lebih baik dari St Anger, tetapi unfortunately, nothing too exciting. Aku dah membacanya. Curiosity sekarang bertukar menjadi prejudice apabila management Metallica sekarang mengarahkan supaya semua ulasan tersebut ditarik balik dari disiarkan di internet dan media cetak.

I am sure, di mana-mana, perkhabaran album baru Metallica yang dijadualkan akan dirilis pada September ini, menjadi sebutan mat-mat Metal kental. XPDC pun boleh jadi, ternanti-nanti. Forum Metal tempatan, Metal to Metals juga hangat membicarakannya (walaupun banyak tersasar kepada isu-isu yang remeh).

Aku excited juga. Pada aku, Metallica bukan sekadar band yang seminal tetapi manusia di belakangnya, mewarnai apa yang dihasilkan. Buat masa ini ada isu yang lebih penting, yang memerlukan 100% perhatianku. Diapers anakku telah habis, kaput! Kena bersiap sekarang untuk membelinya!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

To Top