Mat Metal = mereka (lelaki) yang dengar muzik Metal, terutamanya Metal underground. Biasanya mereka mengaku minat dan support muzik Metal dan band Metal.
Cetak Rompak = The unauthorized use or reproduction of copyrighted or patented material (sila terjemah sendiri). Definition taken from http://www.thefreedictionary.com/piracy
So apa kaitan dengan Mat Metal dengan Cetak Rompak? Well kaitannya ialah mereka sinonim. Terutamanya peminat Metal di Third World Country. Just browse around and you will see.
Aku? Aku rasa aku prefer yang original. Walaupun mahal 2x, 3x, 4x, 10x ganda dari yang pirate. Tapi of course kita jadilah pembeli yang bijak. Tak beli semua. Beli yang memang betul-betul minat aje. Mungkin aku dididik dari kecik untuk beli yang original.
Masa aku sekolah rendah dulu (memang dah start minat Metal pun), tiap-tiap bulan Bapak aku dapat gaji, dia bawak aku beli kaset. Bapak aku pun minat muzik gak. Sama-sama beli hahaha… Anyway, bila pergi beli, dia pasti bawak aku pergi beli kat kedai yang legitimate (walaupun kadang-kadang kedai tu jual illegitimate items pun). Dan dia akan pastikan aku beli yang original. Alasan Bapakku, kalau beli ‘local’ (pirate la tu), kaset cepat rosak.
Alasan beliau memanglah antara alasan paling kecik sebab beli original tapi at least he has the value. Masa tu mana ada dok pikir pasal copyrighted materials.
Tapi aku ada juga beli kaset cetak rompak masa tu. Especially yang memang takde jual original. Tapi once ada original, aku beli original. So aku ada dua, pirate punya pun ada, original pun ada.
Pe’el ini terbawa sampai sekarang le. Aku kalau tengok pirate punya CD, memang tak terliur langsung WALAUPUN yang pirate tu sejibik macam original. Pada aku, more than alasan CD pirate cepat rosak (I even doubt it), I take pride that I bought something that will help the band to survive.
Look, aku bukan orang kaya. Cuma aku letak bajet. First, aku tak beli semua CD original. Second, I know what is priority. Aku macam tak boleh terima alasan, macam mana nak beli, mahal sangat! Well, what is your priority? Beli jeans Levi’s mati-matian cari yang authentic. Beli kasut, tak pandang langsung yang ‘local-local’ ni… tapi bab CD? ITU MENGAKU PULAK PEMINAT BAND SO-SO YANG PALING SETIA!!! Poorah!
Yang download mp3 pulak aku pun tak paham sampai download ribu-ribu album. Simpan banyak-banyak buat apa ntah? Bukan dengar semua pun. Lepas tu list kat website, bangga dengan koleksi. Aku pun tak paham… adakah bangga spend banyak masa cari link dan download? Hahaha… kesian. Malang yang pertama 1. Mengaku knowledgable tentang so and so band TAPI RESOURCE PIRATE!!! Malang yang kedua dan teramat-amat malang BANGGA DENGAN KOLEKSI DAN JUAL PULAK TU KAT ORANG!!! Tak rasa hina. Kalau deep down dalam hati ada rasa hina diri tu OK la jugak.
Pada aku download ni just nak test dengar la. Kalau bagus, beli ori. Macam aku buat masa budak-budak dulu. Beli pirate (kalau takde ori atau just nak test dengar)… kalau ada ori atau kalau best, aku beli ori. Aku malas nak bincang, mana lebih baik, download ke beli pirate?
Aku mula suspek, antara sebab kemunduran scene Metal underground Malaysia, ialah kerana MAJORITI Mat Metal tempatan prefer download dan pirated stuffs. Depa ni tak penah duduk dan ketuk kepala sendiri dan tanya… apa yang aku buat ni?
Awas piracy di mana-mana… check out my experience here.
p/s: gambar tengkorak aku pirate kat mana ntah…

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.