
Gua dah macam punk rocker pulak dah… heheheh…
Industri billion2 dollar ni. Sebulan sebelum date, semua shopping catalogue keluar edisi khas suruh orang beli hadiah untuk maknya.
Nak kena ingatkan dengan Mother’s Day ke baru nak ingat mak?
Satu benda yang kita terpikir ialah, kalau sampai nak buat special day untuk ibu, maknanya manusia ni memang dah lupa maknya. Sama la dengan Father’s Day.
Itu semua terjadi kat orang Barat le ni. Tu pasal depa sibuk-sibuk dok promote hari ni. Sambil-sambil tu untung billion-billion dollar.
Kita takde benda ni. Betul tak? Pada kita cukuplah agama untuk mengingatkan kita tentang pentingnya kita menghormati ibubapa kita. Syurga di bawah tapak kaki ibu, anyone? Ibu mesti disayangi every moment. Doakan hari-hari (aduh… gua selalu lalai).
“Maka janganlah engkau sesekali mengatakan kepada keduanya (ibu bapa) dengan perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau mengherdik kedua-duanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia, merendah dirilah di hadapan kedua-duanya dengan menunjukkan kasih saying dan katakanlah, “Oh Tuhanku,kasihilah kedua-dua ibu bapaku,sebagaimana mereka telah mendidik aku sewaktu kecil.” (Surah al-Isra’ : 23-24)
Hadith dari Ibn Majah dan al-Nasai yang berbunyi, “Seorang lelaki datang kepada Rasulullah (saw) dan berkata, “Ya Rasulullah, saya berniat untuk menyertai tentera perang, dan saya meminta nasihat dari mu.” Rasulullah bersabda, “Adakah ibu kamu masih hidup?” Dia menjawab “Ya.” Rasulullah kemudian bersabda, “Pergilah bersamanya, kerana syurga adalah dibawah tapak kakinya.” (sahih oleh al-Hakim, al-Dhahabi, dan al-Mundhiri – Kashf al-Khafa’, no 1078; al-Da’ifah, no. 593)
Anyway, stand up comedy kat bawah memang gila lawak. Russel Peters. Tajuknya mungkin berkaitan dengan entry kali ni. Kalau tak gelak, lu memang takde hati perut hahaha… Somebody gonna get a hurt real bad!
Now you know why the Westeners are so desperate to have Mother’s Day.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.