Buku

MOVIE REVIEW – THE CALL (2020)

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Semalam masa scroll Twitter, ika ternampak satu tweet berkaitan dengan cerita yang bakal keluar di Netflix bertajuk The Call. Bila tengok pelakon, oh ada Park Shin Hye. Tapi, ika bukanlah suka Park Shin Hye. It just macam okay, lepas tengok dia berlakon dalam Alive. Apa kata tengok yang ini. Mana tahu karakter dia lain ke? dan juga sinopsis cerita ni macam best. Mungkin ika dah lama tak tengok cerita thriller. Jadinya, ika fikir okay tak apa la. Why not cuba tengok since cerita ni pun nampak macam ada kelainan. Tapi, katanya movie ini sama macam cerita The Caller 2017. Nanti boleh layan The Caller pulak.

Ini merupakan short review ya dari Ika sebab ika tak reti sangat la nak review movie dengan baik. Ika cuma nak share apa yang ika dah tengok di Netflix. By the way, cerita ni baru keluar semalam dan ika baru tengok pagi tadi sebab baru berkesempatan. So, here we go. Bismillah. 

Sinopsis: 

Connected by phone in the same home but 20 years apart. A serial killer puts another woman’s past-and life- on the line to change her own fate.

Cast: Park Shin Hye, Jun Jong Seo, Kim Sung Ryung, Lee El, Oh Jung Se, Lee Dong Hwi, Park Ho San

Director: Lee Chung Hyeon 

Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan tentang Seo Yeon (Park Shin Hye) yang berpindah ke sebuah rumah yang pada asalnya ingin dibeli oleh ayahnya. Namun, setelah sampai ke destinasi, dia menyedari yang handphone dia tertinggal dia dalam keretapi. Jadi, Seo Yeon mula mengunakan telefon tanpa wayar di rumah tersebut.Akan tetapi, dia mula menerima satu panggilan yang aneh dari seorang perempuan yang bernama Young Sook (Jun Jeong Seo) . Setelah kerap menerima panggilan yang sama, Seo Yeo mula menyiasat. 

Dalam siasatannya, dia mendapati bahawa mereka berdua tinggal di rumah yang sama namun hidup dalam dua zon waktu yang berbeza. 


I tell you gais. If korang tak fokus untuk tengok cerita ni. Automatik akan lost teruk. Aneh campur pening pening lalat dengan storyline dia. Ika sebenarnya tertarik untuk mengetahui macam mana agaknya mereka berdua saling berhubung. Macam for what reason. Adakah selama ni pun, si Young Sook ni kerap telefon ke rumah tersebut ?. Kalau betul dia kerap telefon, dengan siapa dia berhubung selama ni? Sebab tu kan rumah kosong?. 

Tapi, kalau fikir punya fikir mau botak kepala. Jadi, ika tolak tepi dan ika buat konklusi sendiri lepas dah habis tengok cerita ni. Seo Yeon ternyata seorang gadis yang baik hati sebab dia macam boleh dikatakan bantu Young Sook ini untuk keluar dari bahaya. Bahaya yang melibatkan nyawa Young Sook. Namun, dalam masa yang sama. How eh to explain. Disebabkan Seo Yeon ni tahu yang pada kehidupan Young Sook itu, bapanya masih hidup. Dia mula merancang sesuatu untuk mengubah segalanya supaya dia dapat kehidupan berkeluarga macam yang dia nak dan Young Sook juga dapat kehidupan yang dia inginkan. Kira win win la. 

Tapi disebabkan, ada perubahan yang berlaku dalam percubaan mereka untuk menukar takdir. Jadi benda lain. Dan perkara tersebut membuatkan keadaan bertambah buruk dan teruk. Kalau nak tahu apa, memang kena tengok la. 

Iya ending tidak seperti yang ika harapkan dan inginkan. Dan faham sangat kalau tengok cerita thriller/ horror dari mana mana negara pun. Sama ada lepas tengok kau puas hati atau kau rasa nak baling remote TV dekat lantai haha. Tapi untuk The Call ni ending dia memang bikin hati panas. Dan benda yang boleh dipuji dalam ini mungkin ialah lakonan Young Sook. Cara dia bawa watak ni, ika suka. Jadi, ika anggap dia ialah main lead dalam The Call ni dan Park Shin Hye ialah second lead. Cumanya mereka saling melengkapi la untuk cerita ni. It just kalau tanya siapa lebih menyerlah. Ianya ialah Young Sook. 
Awal cerita pun dah ada banyak persoalan dalam kepala. Tambah tengok sampai habis kan? Haha. Jangan expect cerita bergenre macamni logik ya. Siapa yang tak boleh terima cerita yang tak logik, tidak usah la tengok. Kalau sesiapa nak cuba tengok dan layan sendiri. Silakan. Tiada masalah. Mana tahu kena dengan selera kalian. Ini cuma pendapat peribadi ika. Perasaan suspen msteri itu ada. Tapi bercampur baur dengan perasaan lain yang aneh. 

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top