Hidup di Adelaide

Nasi briyani dan berita dari Germany

So tadi gua terima jemputan dari seorang sahabat makan-makan kat rumah dia. Masa dia call a few days back, aku tak ingat le sape. Sebab jumpa dia ni pun 2 kali je. Problemnya gua kot, sebab duduk jauh dari komuniti (kampung) Melayu kat sini. Gua antara yang paling hulu (dan dekat kaki-kaki bukit Adelaide).

Isteri beliau sambung belajar gua tak pasti buat apa, tapi beliaunya keje operasi minyak kat sini. 2 minggu kijer, 2 minggu off. Gua tanya, 2 minggu off buek apa? Lepak-lepak la… best tu. Makan tidor berak! Tapi gua percaya 2 minggu kijer tu mesti gila-gila kena banting punya ah.

At the same time, seorang lagi rakyat Perak baru balik dari Germany ngikut wifenya yang buat kursus kat sana sebulan. (Kat sini ramai wanita sambung belajar dari lelaki – yang lelaki meneman; yang menimbulkan istilah Persatuan Suami Terbiar tu). Nampak je muka gua, dia tanya, kenal SAM?

SAM? Memang nick gua la tu. Tapi maybe tak popular kat kawan-kawan kat sini. Kat Malaya, memang itu le orang panggil gua.

SAM… wooo satu dunia kenal wooo… kat German pun orang kenal! Kata dia.

Ah… apahal lak ni tapi gua dah agak dah.

SAM LANGSUYR!

Gua takde la terkejut mana. In fact, nothing pun. Gua main dengan LANGSUYR walau tak le bersungguh tapi gua tahu, nama LANGSUYR tu, kepada peminatnya, memang agak kuat. Nothing to boast, tapi kalau tanya mat Metal underground Malaya, sape LANGSUYR tu dan dia tak tau. Maka beliau adalah n00b, atau newbie, atau baru kenal. LANGSUYR bersama beberapa band lain seperti SIL KHANNAZ, BRAIN DEAD, NECROTIC CHAOS etc adalah nama-nama prominent dalam scene muzik Metal underground tempatan.

Cuma, mungkin la, orang terkejut sebab GUA main dengan LANGSUYR. Sebab muka gua memang tak kena langsung kot? Hehehe…

Sahabat gua yang pi Germany ni, sorang student Malaya kat sana sembang dengan beliau. Yang student ni tau gak gua kat Adelaide (alo Lee!) so dia tanya la. Kenal Sam? Sam mana pulak. Hehehe…

Anyway, kalau lu orang nak check gua punya musical activities, boleh gi kat MYSPACE (kalau ada duit lebih sila beli CD atau t shirt atau stiker atau topi muahahaha…) dan youtube (search Langsuyr – pastikan lu nengok video klip SUNUT tu). Antara lain, dengan LANGSUYR gua pernah main dalam Planet Hollywood (KL) dan ROCK THE WORLD 6 (2005) kat Stadium Negara. Dan juga menang Battle of the Band versi SALEM RECHARGE untuk bahagian utara. Ada album juga kalau lu curious sangat, pi dengar samples kat myspace.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

To Top